9:38 PM | Posted in
KEMELUT permasalahan di Cabang Klang selepas YB Badrul Hisham bin Abdullah, ADUN Bebas N46 Pelabuhan Klang bertindak keluar PKR bagi menyokong UMNO-BN semakin menjadi-jadi. Terbaru adalah demontrasi bagi menyuruh YB Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN N46 Pelabuhan Klang menjadi panas apabila terdapat sepanduk-sepanduk yang menyuruh Pemangku Ketua Cabang, Suhaimi bin Mohd Nor meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sehingga YB Badrul bertindak meninggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong UMNO-BN.

Bagi Angkatan Muda KeADILan (AMK) Cabang Klang dengan jelas menyatakan pendirian yang kami tidak mahu campur berkenaan dengan kemelut yang berlaku di Cabang Klang kerana AMK Cabang Klang seharusnya bertindak pro-aktif untuk menambahkan sokongan akar umbi terhadap Pakatan Rakyat di Selangor ini. Biar siapa pun yang menerajui Cabang Klang selepas ini, AMK Cabang Klang tetap bersatu hati kerana AMK Cabang adalah sayap parti dan bukannya sebagai pemikir yang cuba memporak perandakan Cabang Klang.

Sikap sesetengah pihak yang menjadikan AMK Cabang Klang ini sebagai 'Kambing Hitam' amat dikesali dan sungguh tidak beretika kepimpinan kerana AMK Cabang Klang yang hadir pada demonstrasi di Pelabuhan Klang tempoh hari sebagai tanda sokongan terhadap perletakkan jawatan YB Badrul sebagai ADUN di Pelabuhan Klang.

AMK Cabang Klang sekali lagi diheret untuk dikambing hitamkan dengan menyatakan AMK Cabang tidak faham dengan struktur penyelaras DUN. Bukan tidak faham tetapi orang yang mengeluarkan kenyataan itu sepatutnya meneliti terlebih dahulu fakta dan kenyataan sebelum memberi sebarang komen atau pandangan.

Harus diingatkan bahawa lantikan AMK Cabang Klang adalah dibuat dengan sah dan segala nama-nama Ahli Jawatankuasa sedia ada sekarang telah dimaklumkan seterusnya disahkan diperingkat Pimpinan Negeri dan Pimpinan Pusat. Jadi kewajaran untuk mengheret AMK Cabang Klang di dalam kancah permasalahan ini adalah dilihat sebagai sia-sia sahaja.

AMK Cabang Klang akan terus dengan program pembangunan AMK Cabang Klang untuk menarik sokongan Anak Muda di Klang. Antara program yang akan dan bakal dilangsungkan adalah seperti :
1. Perlawanan Persahabatan FUTSAL pada Ahad, 08 November 2009
2. Pertandingan Bowling Terbuka Anak Muda Klang pada 26 Disember 2009
3. Diskusi Santai Anak Muda Klang
4. Program Pemantapan Rohani
5. Pertandingan Futsal Lelaki dan Wanita Anak Muda Klang
6. Jejak Warisan Klang
7. Karnival Sukan Kampung
8. Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah
9. Pertandingan Badminton Piala Angkatan Muda

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi AMK Cabang Klang melalui e-mail : amk.pkrklang@gmail.com

Sekian.
Angkatan Muda KeADILan (AMK) Cabang Klang
Category:
��

Comments