3:47 PM | Posted in
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Klang di bawah pimpinan Pemangku Ketua Cabang sedia ada terlalu melampau sehingga menganggap KEADILAN di Cabang Klang menjadi hak milik individu. Adakah ini semua disebabkan oleh takut dengan bayang-bayang sendiri? Atau perencanaan terjadi sebaliknya?

KES 1 : AMK dan Wanita Cabang dipinggirkan

Dari sumber yang sahih menyampaikan maklumat bahawa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Klang dan Wanita Cabang Klang seperti tidak wujud kerana Mesyuarat Cabang untuk menentukan tarikh mesyuarat, tempat dan juga pengedaran notis mesyuarat dibuat dengan membelakangkan sayap-sayap parti yang ada.

Pemilihan kawasan pemilihan atau pengundian diadakan di sebuah dewan yang agak sukar dicari oleh ahli-ahli yang berhak dan layak untuk membuang undi. Kononnya kawasan tersebut merupakan kubu kuat mereka. Walaupun pemilihan tempat telah diputuskan, kenapa dan mengapa AMK tidak di beritahu?

Jika AMK turut serta di dalam mesyuarat, siapa AMK yang turut serta? Adakah mereka yang disahkan jawatannya di peringkat Pimpinan Negeri dan Pusat? Menurut AJK AMK yang dipilih, hampir 90% tidak tahu bila tarikh mesyuarat dan di mana mesyuarat akan dijalankan.

Jangan jadikan masalah peribadi sebagai penyebab AMK tidak dipanggil. Inikah sikap pemimpin yang hendak diangkat oleh ahli-ahli? Sedarlah wahai insan yang bernama pemimpin... Anda adalah wakil dan pemegang amanah Allah untuk memimpin anak bangsa.


Kes 2 : Spy-spy atau mata-mata terdapat di mana-mana

Masalah spy atau pengintip pemimpin yang bertanding ini sudah menjadi tradisi sejak dahulu lagi. Tetapi, hantarlah spy yang boleh menghormati majlis orang. Jangan datang tidak dijemput tetapi belagak macam majlis yang dianjurkan adalah majlis mereka.

Terdapat spy yang tidak kenal majlis. Datang tanpa diundang dan tuan rumah atau dengan penganjur majlis pun tidak hormat. Perlukan duit atau wang ringgit untuk bersalam atau berterima kasih dengan penganjur?

Sebagai menghormati majlis, tiada kekecohan yang timbul tetapi sedarlah dan insaflah untuk menghormati majlis orang.

OLEH YANG DEMIKIAN DENGAN APA YANG TELAH BERLAKU DAN BAKAL BERLAKU, AMK CABANG KLANG DI BAWAH PIMPINAN KETUA AMK CABANG KLANG BERSATU PADU DAN MENYOKONG PENUH PENCALONAN YBhg. DATO' SHEIKH AHMAD BIN SHEIKH SADARUDDIN UNTUK MENERAJUI PIMPINAN PARTI KEADILAN RAKYAT BAGI SESSI 2010/2013 YANG AKAN DATANG.

Ini bukan sokongan peribadi, tetapi ini adalah sokongan dari ahli AMK yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Klang yang diadakan pada 23.08.2010

DAN KAMI JUGA MENYATAKAN SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI KE ATAS PENCALONAN EN. IRWAN BIN ISMAIL MEMPERTAHANKAN KERUSI KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) CABANG KLANG UNTUK SESSI YANG AKAN DATANG.

AMK CABANG KLANG JUGA MENYATAKAN SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI TERHADAP KETUA AMK MALAYSIA, SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN DAN JUGA KHAIRUL ANUAR BIN ZAINUDDIN, KETUA AMK SELANGOR.

Dari Meja Blog AMK Cabang Klang

Category:
��
10:03 AM | Posted in
Sumber : Suara Keadilan Online

SHAH ALAM 23 Ogos - Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR) yakin parti kini berada di atas landasan yang lebih kukuh dan mantap selepas mengharungi episod getir dan mencabar di mana empat daripada ahli parlimennya melompat parti manakala seorang lagi dipecat keanggotaannya.


Sambil mengakui parti menghadapi kesukaran memilih calon yang berwibawa dan setia kepada prinsip perjuangan semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008 lalu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata KEADILAN mempunyai barisan pimpinan yang lebih jitu dan komited.

"Adakah kita telah belajar daripada kesilapan - ya, adakah kita lebih bersedia sekarang - ya, adakah kita kini mempunyai barisan pemimpin yang profesional dan kredibel - ya. Jadi kita rayu kepada semua ahli parti supaya tetap setia dan komited s ebagai satu pasukan yang mantap," kata Anwar ketika bersama ahli KEADILAN Cabang Bayan Baru pada satu majlis dialog baru-baru ini.

Merujuk kepada langkah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang bertindak keluar KEADILAN untuk menjadi anggota Bebas, Anwar memuji ketabahan dan kesetiaan ahli parti di cabang tersebut yang tidak mengambil langkah yang sama.

"Apabila ketua cabang lompat tidak ada pimpinan yang ikut melainkan seorang sahaja, itu satu perkara yang luar biasa, malah ia mencetuskan satu gelombang sokongan baru yang memperlihat keahlian daripada beberapa ratus sahaja kini mencecah lebih 5,000 dalam satu tempoh masa yang singkat bagi satu cabang.

"Saya benar-benar sanjung rakan-rakan seperjuangan di cabang ini kerana keyakinan tinggi kepada matlamat perjuangan dan tidak patah semangat dan terus komited kepada agenda reformasi.

"Kita kata kita mahu sajikan politik baru di Malaysia, cukuplah dengan politik perkauman, cukuplah dengan politik ketakutan, kita mahu serahkan kembali hak kebebasan kepada rakyat," kata Anwar lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan ramai pejuang KEADILAN terpaksa menderita akibat kezaliman Umno-Barisan Nasional kerana melawan polisi rasis, rasuh dan salahguna kuasa tetapi mereka tetap teguh mempertahankan prinsip perjuangan.

"Tuduhan kita alat Cina atau alat Hindu dan sekarang alat Yahudi atau alat Amerika tidak menganggu kita sebab kita percaya kebijaksanaan rajyat negara ini samada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban.

"Kita difitnah alat Cina tapi kita tak perlu apologetik, kita diajar oleh agama dan budaya kita untuk bercakap benar dan tegakkan keadilan. Apa makna agama - untuk kedamaian, untuk rahmat, kebaikan bagi manusia, untuk keadilan.

"Kalau agama kita pegang untuk tanam kebencian, untuk tegakkan kezaliman, itu bukan agama, itu rangkaian kerangka penjahat-penjahat yang menentang ciri murni agama. Sebab itu saya tidak mahu diganggu dengan hal sebegini dan saya beri nasihat kepada kawan-kawan kita, kita kena terus maju - membujur lalu melentang patah, dengan pendirian ini kita terus mara ke depan," tegas Anwar.

Tambah beliau mana-mana perjuangan pasi ada yang kecundang namun yang penting ialah pemahaman yang jelas mengenai objektif dan halatuju perjuangan itu.

"Mana ada perjuangan yang tidak ada korban? Lihat sahaja kepada Umno; presiden pertamanya meninggalkan parti, kemudian diikuti presiden kedua dan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, presiden ketiga tak sempat sebab meninggal dalam jawatan, presiden keempat, Tun Hussein Onn pun keluar parti.

"Tetapi di sini ada perbezaan - mereka tidak meninggalkan parti disebabkan wang ringgit atau kedudukan, saya mungkin berbeza pandangan dengan mereka atas beberapa isu dasar tetapi saya hormati keyakinan tinggi dan komitmen mereka kepada perjuangan.

"PAS juga hadapi masalah yang sama, presiden pertamanya Mohd Fuad, orang Bukit Mertajam tinggalkan PAS, presiden ketiga, Tan Sri Asri Muda tinggalkan PAS.

"Kita parti baru, KEADILAN juga hadapi proses ini tetapi kadang-kadang proses ini menyukarkan, ia juga mendewasakan malah ia mematangkan. Ini bermakna dalam proses yang kita akan lalui akan datang kita mesti ingat bahawa parti ini adalah parti yang komited kepada agenda reformasi. Sesiapa yang ingin bersama mesti komited kepada agenda ini," kata mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu.

Anwar menegur mereka yang hanya memberikan sokongan kepada beliau berdasarkan apa yang boleh diperolehi sekiranya parti berkuasa kelak.

"Pada 2008 susah nak cari calon, ada yang baik. komited, ada yang terpaksa kita tarik-tarik 'last minute' kerana maklum parti baru dan tak semua yakin kita boleh lawan, ada orang sanggup masuk kalau dia 'secure' nak menang, ada orang dia sokong Anwar kalau Anwar sampai ke Putrajaya, tak jadi ke Putrajaya dia lompat. Itu bukan parti perjuangan, itu parti Putrajaya," ujar beliau.

Category:
��
9:51 AM | Posted in
KEDUTAAN MALAYSIA DI INDONESIA DILEMPAR NAJIS DAN BENDERA DIPIJAK.
Sumber : Malaysiakini

Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.

Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikatakan sangat lemah menghadapi Malaysia.

Berikutan kejadian lempar najis itu polis Indonesia menangkap tiga orang pelaku berkenaan.

Demonstrasi itu berlangsung selama sejam.

Seorang wakil kumpulan itu kemudian memberitahu wartawan yang meliputi peristiwa itu bahawa mereka telah memberi kata dua kepada polis Indonesia iaitu lepaskan rakan-rakan mereka itu daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi yang dinamakan "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.

Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu.

- Bernama
Category:
��
5:37 PM | Posted in
SURAU DI SEREMBAN DISIMBAH CAT MERAH
Sumber : Malaysiakini

















Sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah dengan cat merah awal pagi ini. Cat merah itu disimbah pada bahagian belakang surau tersebut.

Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis. Surau tersebut baru beberapa minggu digunakan dan belum berpagar.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga ADUN Lobak, Anthony Loke (kanan) pergi ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenainya.

Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun (kiri).

Mereka menemui serpihan botol arak yang dipercayai mengandungi cat merah di situ.

Difahamkan, surau tersebut baru siap dibina kira-kira sebulan yang lalu.

Menurut Anthony lagi, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan.

Perbuatan khianat

Sementara itu, Bernama melaporkan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, berkata kejadian itu disedari oleh jemaah surau semasa solat subuh pagi ini dan memaklumkan kepadanya.

"Kejadian ini saya rasa berlaku antara 3.30 pagi dan 4 pagi dan saya telah membuat laporan polis secara rasmi," katanya.

Mohd Hasbi berkata selain empat botol arak dibaling di hadapan bangunan surau, terdapat kesan cat warna merah di dinding, lantai dan pintu cermin bahagian kanan surau.

"Saya rasa amat sedih dan kesal atas kejadian yang berlaku kerana mencemari rumah ibadat orang Islam dan kesucian bulan Ramadan," katanya.

Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lalu.

"Saya anggap ini adalah satu perbuatan khianat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu apakah motif sebenar mereka yang melakukan kerja ini dan berharap pihak polis akan menyiasat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Category:
��
5:10 PM | Posted in
Sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal 1431H ini, pelbagai bentuk program akan diadakan oleh para pimpinan parti dalam usaha untuk mendapatkan sokongan ahli di peringkat akar umbi.

Tidak seperti parti-parti politik lain di Malaysia, Parti KeADILan Rakyat (PKR) akan memulakan langkah awal menghargai para ahli yang membayar yuran tahunan untuk memilih siapa yang bakal memimpin mereka.

Di Klang, mengikut rekod yang belum disahihkan lagi, terdapat lebih 6 000 ahli yang berdaftar dengan Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Klang. Yang malang dan menyedihkan, hampir 80% daripada mereka ini diibaratkan tidak bertuan. Dan waktu inilah mereka dicari serta didekati untuk sama-sama memberikan undi kepada pimpinan baru yang bakal dipilih nanti.

Persaingan hebat diperingkat Cabang (berita tidak sahih difahamkan persaingan 3 atau 4 penjuru) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) iaitu kira-kira 4 penjuru juga. Bagi Wanita Cabang masih belum jelas samada ada persaingan ataupun tidak atau mungkin seperti tahun-tahun pemilihan sebelum ini yang Wanita Cabang diangkat sebagai menang tanpa bertanding.

Buatlah pilihan yang bijak dalam menjaga nama baik parti, agama, bangsa dan juga negara yang kita cintai serta mengangkat Perlembagaan Malaysia sebagai panduan dalam memelihara keharmonian kaum yang telah dicetuskan ketegangannya oleh para pemimpin UMNO/BN yang diterajui oleh Perdana Menteri yang DIBENCI RAKYAT, YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Sedar-sedarlah...


Category:
��
2:58 AM | Posted in
Cerita dari kawan-kawan mengatakan bahawa terdapat persaingan 3 penjuru untuk Ketua Cabang Klang, 3 penjuru untuk Ketua AMK Cabang Klang dan pastinya malap untuk Wanita Cabang Klang.

Apa dah jadi dengan wanita?
Ini yang perlu dijawab oleh para pimpinan yang sedang atau yang akan bersaing tidak lama lagi. Sebagai salah satu sayap parti, sekiranya sakit atau lumpuh, rawatan segera adalah perlu.

Muka baru yang mengungguli persaingan???
Terdapat ramai muka-muka baru yang bakal bertanding di dalam pemilihan PKR Cabang Klang. Yang baru masuk PKR, yang dah lama masuk tapi tidur dan yang menerajui tetapi lambat macam siput pun ada untuk bersaing dan mengekalkan jawatan.

Terfikirkah para pemimpin ini apa yang Ahli mahukan???
1. Adakah Ahli yang ada mahukan sogokan seperti yang dibuat oleh UMNO/BN? Kalau macam tu, baik kekal dalam UMNO/BN
2. Adakah Ahli mahukan pembaharuan? Apa pembaharuan yang mereka hendak? Projek, duit saku, belaian kasih sayang atau apa?

Fikir-fikirkan la....
Peniup Api..
Category:
��
2:54 AM | Posted in
Setelah sekian lama blog Angkatan Muda KeADILan (AMK) Cabang Klang ini tidur dengan nyenyak, tibalah masanya ia bangun kembali.

Sempena PEMILIHAN PIMPINAN PKR CABANG KLANG tidak lama lagi, blog ini akan mengemaskini setiap jenis berita samada dari pihak kawan ataupun lawan.

Sekian.
Penulis Blog
Category:
��