5:45 PM | Posted in
1. Setiap anggota tidak boleh menyalahgunakan kedudukan dan kuasa-kuasa dalam Parti dengan tujuan mempengaruhi keputusan pemilihan Parti.


2. Setiap anggota tidak boleh memberi atau menerima dari anggota lain sebarang bentuk rangsangan, termasuklah (tetapi tidak terhad) hadiah-hadiah, wang, derma, makanan, dan perkhidmatan dengan tujuan untuk mempengaruhi keputusan pemilihan Parti.


3. Setiap anggota tidak boleh mencederakan, mengugut atau menyebabkan tekanan terhadap mana-mana anggota parti dengan tujuan untuk mempengaruhi keputusan pemilihan Parti.


4. Setiap anggota tidak boleh memfitnah, mengeji, menghina, menjalankan kempen atau serangan berupa cacian terhadap calon lain atau kehidupan peribadi calon atau keluarganya.


5. Setiap anggota tidak boleh menganjurkan dan menggunakan sebarang jamuan sebagai sebahagian daripada kempennya dengan tujuan mempengaruhi keputusan pemilihan Parti. "Jamuan" bermaksud acara jamuan/kenduri yang lengkap dengan makanan dan minuman.


6. Pada masa Pemilihan parti, tatatertib anggota berkaitan dengan pemilihan akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan jika anggota berkenaan didapati bersalah, JPP diberikan kuasa untuk memutuskan berkenaan pencalonan anggota tersebut mahupun keputusan terhadap pemilihan calon anggota tersebut serta apa-apa tindakan lain yang difikirkan wajar dan sesuai dalam tempoh kempen pemilihan tersebut.


Tempoh kempen bermula daripada penghantaran notis pengishtiharaan tarikh-tarikh pemilihan parti daripada Setiausaha Agung Parti kepada cabang-cabang sehingga pengishtiharaan keputusan muktamad di Kongres Nasional.


PENJELASAN TAMBAHAN


Ketika kempen pemilihan, kamu boleh melakukan hal-hal berikut:


1. Kamu boleh mengadakan forum dan ceramah tetapi tidak terbuka untuk orang awam, hanya kepada anggota parti. Sebarang bentuk makanan yang dihidangkan dalam majlis tersebut tidak boleh lebih daripada minuman ringan.


2. Kamu boleh mengadakan jamuan seperti majlis buka puasa, rumah terbuka sebagai program parti biasa tetapi tidak boleh menggunakannya bagi tujuan untuk berkempen dan mempengaruhi undi pemilihan.


Kamu tidak boleh melakukan hal-hal berikut:


1. Kamu tidak boleh menggunakan sebarang bentuk politik wang atau sogokan atau hadiah.


2. Kamu tidak boleh memfitnah atau mengeji calon lain.


3. Kamu tidak boleh menggunakan sebarang bentuk kekerasan atau ugutan.



Sumber ini dipetik dari Laman Web Rasmi
Category:
��