4:51 PM | Posted in
ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah setakat ini masih belum dianggap sebagai wakil Bebas kerana speaker dewan undangan negeri (DUN) Selangor, masih belum menerima notis rasmi daripada bekas wakil rakyat PKR tersebut.

Speaker Teng Chang Khim berkata beliau kini meletakkan kerusi Badrul di satu ruang yang hampir dengan blok BN kerana Badrul telah menyatakan sokongan kepada parti itu.

Teng menjelaskan, Badrul perlu menghantar notis rasmi kepadanya untuk dilayakkan sebagai wakil rakyat bebas di DUN berkenaan.

"Beliau kini berada di pulaunya sendiri. Anda boleh lihat dia kini berada (di kedudukan) terasing. Tidak ada tempat lain lagi untuk letakkan dia, jadi saya letak dia di situ.

"Ianya lebih dekat dengan pembangkang sebab dia kata dia sokong pembangkang. Tapi dia perlu dijarakkan daripada pembangkang sebab dia bukan daripada pembangkang," tambahnya.

Teng telah menulis kepada Badrul untuk mengesahkan kedudukannya, susulan daripada kenyataan terbuka ADUN Pelabuhan Klang itu untuk menjadi wakil Bebas tetapi setakat ini masih belum mendapat jawapan.

"Kita telah menulis kepadanya, tapi dia belum membalas dan ini sangat tidak patut. Kita telah minta dia sahkan tetapi dia tidak sahkan, jadi pagi ini saya letakkan dia di situ dan dia tidak membantah," katanya.

Ikut cara politik

Menurut Teng lagi, beliau juga tidak mempunyai kuasa untuk memecat Badrul sebagai wakil rakyat, melainkan membiarkan ia dilakukan secara politik.

"Semuanya secara politik. Menurut undang-undang saya tidak boleh paksa Badrul meletak jawatan sebagai wakil rakyat, tetapi tentullah ada cara politik," katanya semasa sidang dewan berhenti rehat tengahari ini.

"Jika mereka hendak paksa, ianya secara demonstrasi. Jika mereka ada memorandum, mereka boleh datang dan berikan kepada (Badrul). Kalau tak boleh hubungi dia, boleh hantar melalui pejabatnya," katanya lagi.

"Dia tidak ada buat apa-apa kesalahan. Dia tak ada lakukan apa-apa yang melanggar perlembagaan, jadi tidak ada apa yang saya boleh lakukan," kata Teng lagi.

Dalam pada itu, Teng turut mengecam tindakan sebilangan penyokong Pakatan Rakyat hari ini yang menyinggung perasaannya dengan bertindak menghantar memorandum bantahan untuk ADUN Pelabuhan Klang melalui pejabatnya.

Kira-kira 30 penyokong Pakatan mengadakan demonstrasi di perkarangan DUN berkenaan pagi ini bagi mendesak Badrul meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Teng berkata beliau ada mengarahkan seorang petugasnya untuk menerima memorandum tersebut kerana menganggap dokumen tersebut ditujukan kepadanya.

Menyalahi protokol

"Untuk meredakan ketegangan, saya beri arahan untuk terima memorandum tersebut, tetapi apabila saya baca, saya dapati ianya adalah untuk wakil daripada pejabat saya untuk serahkan kepada Badrul, saya rasa tersinggung," katanya.

Jelasnya, tindakan itu juga menyalahi protokol dan sesuatu yang tidak sopan kerana pejabat speaker tidak boleh dianggap sebagai "pejabat pos" apabila diperlakukan sebegitu.

"Bila Badrul enggan jumpa mereka, (ADUN Seri Setia yang juga setiausaha politik menteri besar (Nik Nazmi Nik Ahmad) menawarkan diri untuk terima memeroandum itu dan serahkan kepada Badrul, tapi mereka enggan.

"Mereka bertegas supaya wakil daripada pejabat speaker datang jumpa mereka dan serahkan memorandum kepada Badrul.

"Pejabat speaker bukanlah sebuah pejabat pos. Speaker bukan seorang posmen dan saya rasa ini menyalahi protokol dan sangat tidak sopan," katanya lagi.

Sumber
Malaysiakini.com
Category:
��
4:49 PM | Posted in
Kira-kira 30 penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Angkatan Muda PKR Selangor berdemonstrasi di hadapan bangunan SUK bagi mendesak ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan.

Di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mula bersidang hari ini, Badrul Hisham kelihatan duduk di belakang ADUN Barisan Nasional (BN).

Kumpulan tersebut berhimpun kira-kira setengah jam sejak jam 9.45 pagi ini untuk menyerahkan memorandum dan surat kepada Badrul Hisham.

Bagaimanapun, kerana tidak dapat menemui Badrul Hisham yang
sedang berada dalam Dewan, maka mereka menyerahkannya kepada seorang pembantu khas speaker DUN Heng Yong Seng.

Mereka yang berhimpun secara aman, melaungkan slogan antara lain "Badrul tak tahu malu," dan "Badrul letak jawatan," dan "Badrul sila keluar."

Ketua AMK PKR Selangor, Khairul Anwar berkata Badrul Hisham, yang didakwanya berpaling tadah kepada Umno bulan lalu, perlu meletak jawatan segera supaya pilihan raya baru dapat diadakan.

Katanya, Badrul perlu meletak jawatan kerana mendakwa tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat sejak dipilih dalam pilihan raya umum 2008.

Bercakap kepada media selepas menyerahkan memorandum tersebut, Khairul berkata ADUN Pelabuhan Klang itu juga telah beberapa kali tidak hadir sidang DUN.

Tambahnya, Badrul juga didapati tidak menghadiri mana-mana program anjuran PKR, manakala peruntukan untuk DUN tersebut juga didakwa "telah dihabiskan dengan cara meragukan."

Ditanya ketika sidang media ringkas selepas itu, Khairul berkata AMK Selangor akan terus mengadakan siri bantahan dan demonstrasi sekiranya Badrul tetap enggan meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Beliau yang kali terakhir bertemu Badrul kira-kira enam bulan lalu, berkata AMK "tidak akan berkompromi lagi" dengan Badrul.

Katanya, pergerakan tersebut bersama pemimpin-pemimpin tertinggi parti cuba "membantu" wakil rakyat tersebut selama ini, namun gagal.

Dalam surat yang dihantar kepada Badrul pula, Khairul berkata prestasi perkhidmatan wakil rakyat tersebut terus mengecewakan, walau telah diberi peluang memperbaiki keadaan.

"Sewajarnya di atas kegagalan saudara ini maka adalah perlu klerusi DUN Pelabuhan Klang dikosongkan segera untuk memberi laluan kepada wakil rakyat yang baru," katanya.

Sementara itu, Badrul Hisham dilhat beredar dari DUN pada kira-kira jam 12 tengahari.

ADUN Pelabuhan Klang itu juga enggan menjawab soalan pemberita, kecuali menjawab 'sebab keluar parti sudah cakap, tak payah ulas lagi'.

Sumber :
Malaysiakini.com
Category:
��
1:16 PM | Posted in
PERSATUAN ANAK MUDA KLANG (PAMKlang), Pejabat Ahli Majlis MPK Zon N46(A) Bukit Tinggi dan Penggerak Belia Tempatan MPK Zon N46(A) Bukit Tinggi dengan kerjasama Kelab Siswa Anak Muda Klang (KESAMA) akan menganjurkan Kejohanan Bowling Terbuka Klang 2009 pada

Tarikh : 26 Disember 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00pagi
Tempat : Ole-ole Superbowl @ Ole-ole Shopping Centre, Seksyen 18, Shah Alam
Yuran Penyertaan : RM 160.00 sepasukan (4 orang sepasukan)
Kategori Dipertandingkan :
1. Kategori Berkumpulan
2. Kategori Perseorangan
3. High Game Lelaki/Perempuan
4. Raja/Ratu Longkang

Hadiah Keseluruhan bernilai RM 7000.00 untuk direbut termasuk Hadiah Cabutan Bertuah berupa sebuah telefon bimbit selain daripada hamper dan hadiah iringan.

Kepada yang berminat, sila hubungi pihak penganjur seperti di bawah :
1. Dahlan (019 - 288 0566)
2. Junidi (012 - 215 6659)
3. Jafjarli (019 - 399 3202)
4. Nizam (012 - 546 6224)

atau e-mail kepada : amk.pkrklang@gmail.com, pamklang@gmail.com atau
download (muat turun borang penyertaan di bawah)

1. Poster/Flyers
2. Borang Penyertaan
3. Peraturan dan Syarat Penyertaan

Sekian.
Category:
��
11:03 PM | Posted in
JAM 4.50 pagi semata-mata untuk menjawab ugutan AJK Angkatan Muda KeADILan (AMK) Cabang Klang kerana menyentuh keperibadian dan rumahtangga AJK AMK Cabang Klang. Buat pengetahuan pencetus kemarahan AJK AMK Cabang Klang atau MOHD ZAKI BIN SAMSUDIN, AMK Cabang Klang bukan budak-budak sekolah atau lepasan sekolah yang tak yakin kelulusan dari mana samada UiTM atau INSPEN.

AMK Cabang Klang semua bersekolah sebab dikalangan mereka ada yang menjawat jawatan sebagai Pengurus, Penolong Pengurus, Eksekutif dan yang paling cikai atau teruk pun bekerja dengan syarikat swasta dengan gaji RM 2000.00 dan bukan macam Ketua AMK Ranting Kampung Pendamar (Belagak jadi ketua selepas mendesak ketua sebelum ini meletak jawatan) yang makan gaji buta dan menipu orang ramai setiap malam selama 3 tahun yang akan datang ini.

Untuk menambaikkan AMK Cabang Klang, beliau (yang pura-pura atau mempertahankan diri bahawa dia bukan penulis blog tazmania-klang.blogspot.com yang kurang ajar tersebut) sepatutnya datang bersama dengan AJK AMK untuk memberi pendapat dan bukannya memburukkan anak bini orang serta ibu ahli AMK Klang. Beginikah sikap seorang ketua dalam membawa golongan tadbirnya ke mercu yang dibanggakan?

Cukup-cukup la untuk menyedapkan diri sendiri dengan bekerjasama bersama AMK Ranting-ranting lain. Takut nanti malu diri dan tidak keluar rumah. Seburuk-buruk 6-Jahanam dalam AMK Klang, masih tahu lagi batas agama. Buktikan pada kami 6 kerat ini yang AMK Ranting Kampung Pendamar mempunyai ramai orang untuk melawan jawatan Ketua AMK Cabang Klang yang sedia ada sekarang.

Jumpa dengan TOK MOH untuk membantu AMK Ranting dengan menghembuskan asap rokok suria original dari Indonesia dan mangga muda sambil minum Redbull. Kami bukan hendak cari gaduh dengan AMK Ranting Kampung Pendamar tetapi kalau berani, jumpa la kami di Ubis Cafe untuk bersemuka.

Ramai AJK AMK Cabang Klang yang dah muak dan meluat melihat sikap gila jawatan yang dibawa dan perangai kebudak-budakan. Jangan menafikan sesuatu yang anda pasti anda yang melakukan kerana komputer, walau macam mana hendak ditipu, akhirnya terbongkar juga. Dengar cerita ada Diploma Komputer dari INSPEN.. opppsss.... UiTM.... opppssss... INSPEN... mana satu tempat pengajian pun dah lupa.

Apa yang pasti, AMK Cabang Klang bukan budak-budak yang masih duduk bawah ketiak ibu. Sila telefon kami sekiranya berhajat untuk berjumpa. Lagi satu, AMK Cabang Klang bukan bodoh untuk menilai mantan Setiausaha AMK Cabang Klang. Disebabkan tahu peranan Setiausaha beliau melepaskan jawatan untuk mengelak dari kisah tok ketua yang kurang cerdik berpanjangan. Untuk makluman, ibu ahli AMK Cabang Klang tu sudah sihat dan sembuh dengan berkat doa dan pengorbanan seorang anak yang berulang alik dari Klang ke Serdang setiap malam selama 3 bulan. Jangan jadi bodoh kerana syurga seorang anak lelaki terletak di bawah telapak kaki ibu.

Artikel Sumbangan
Anak Mithali Klang (Skuad Mengkarung Anak Muda Klang)
Category:
��
9:38 PM | Posted in
KEMELUT permasalahan di Cabang Klang selepas YB Badrul Hisham bin Abdullah, ADUN Bebas N46 Pelabuhan Klang bertindak keluar PKR bagi menyokong UMNO-BN semakin menjadi-jadi. Terbaru adalah demontrasi bagi menyuruh YB Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN N46 Pelabuhan Klang menjadi panas apabila terdapat sepanduk-sepanduk yang menyuruh Pemangku Ketua Cabang, Suhaimi bin Mohd Nor meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sehingga YB Badrul bertindak meninggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong UMNO-BN.

Bagi Angkatan Muda KeADILan (AMK) Cabang Klang dengan jelas menyatakan pendirian yang kami tidak mahu campur berkenaan dengan kemelut yang berlaku di Cabang Klang kerana AMK Cabang Klang seharusnya bertindak pro-aktif untuk menambahkan sokongan akar umbi terhadap Pakatan Rakyat di Selangor ini. Biar siapa pun yang menerajui Cabang Klang selepas ini, AMK Cabang Klang tetap bersatu hati kerana AMK Cabang adalah sayap parti dan bukannya sebagai pemikir yang cuba memporak perandakan Cabang Klang.

Sikap sesetengah pihak yang menjadikan AMK Cabang Klang ini sebagai 'Kambing Hitam' amat dikesali dan sungguh tidak beretika kepimpinan kerana AMK Cabang Klang yang hadir pada demonstrasi di Pelabuhan Klang tempoh hari sebagai tanda sokongan terhadap perletakkan jawatan YB Badrul sebagai ADUN di Pelabuhan Klang.

AMK Cabang Klang sekali lagi diheret untuk dikambing hitamkan dengan menyatakan AMK Cabang tidak faham dengan struktur penyelaras DUN. Bukan tidak faham tetapi orang yang mengeluarkan kenyataan itu sepatutnya meneliti terlebih dahulu fakta dan kenyataan sebelum memberi sebarang komen atau pandangan.

Harus diingatkan bahawa lantikan AMK Cabang Klang adalah dibuat dengan sah dan segala nama-nama Ahli Jawatankuasa sedia ada sekarang telah dimaklumkan seterusnya disahkan diperingkat Pimpinan Negeri dan Pimpinan Pusat. Jadi kewajaran untuk mengheret AMK Cabang Klang di dalam kancah permasalahan ini adalah dilihat sebagai sia-sia sahaja.

AMK Cabang Klang akan terus dengan program pembangunan AMK Cabang Klang untuk menarik sokongan Anak Muda di Klang. Antara program yang akan dan bakal dilangsungkan adalah seperti :
1. Perlawanan Persahabatan FUTSAL pada Ahad, 08 November 2009
2. Pertandingan Bowling Terbuka Anak Muda Klang pada 26 Disember 2009
3. Diskusi Santai Anak Muda Klang
4. Program Pemantapan Rohani
5. Pertandingan Futsal Lelaki dan Wanita Anak Muda Klang
6. Jejak Warisan Klang
7. Karnival Sukan Kampung
8. Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah
9. Pertandingan Badminton Piala Angkatan Muda

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi AMK Cabang Klang melalui e-mail : amk.pkrklang@gmail.com

Sekian.
Angkatan Muda KeADILan (AMK) Cabang Klang
Category:
��
5:25 PM | Posted in
Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Klang yang dipimpin oleh Pemangku Ketua Cabang perlukan bantuan kecemasan apabila rata-rata Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dipilih dan dilantik merasakan ketidakpuashatian terhadap pimpinan beliau. Maklumat yang diperolehi menyatakan bahawa hari ini, 04 November 2009 (Rabu) akan diadakan satu perjumpaan khas yang khabarnya diadakan di kawasan jiran Pelabuhan Klang untuk memuktamadkan resolusi yang dibuat berkenaan konspirasi yang berlaku.

Kedudukan Angkatan Muda KeADILan (AMK) Cabang Klang masih boleh dikatakan selamat lagi kerana kumpulan kedua Cabang Klang dikatakan tidak akan mengganggu gugat kedudukan AMK Cabang Klang sebagai sayap kanan parti yang mempunyai kekuatan sendiri dan ini diperakui oleh mereka sendiri. Apa yang dilihat, AMK sedia ada merupakan jawatankuasa yang sah dari segi perlembagaan parti selepas penjenamaan semula AMK.

Buat masa ini semua aktiviti bagi menyalurkan maklumat dan memperkukuhkan sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat akan dilakukan oleh AMK yang diketuai oleh Irwan bin Ismail selaku Penyelaras DUN, Ahli Majlis MPK Sessi 2009/2010 dan Ketua AMK Cabang Klang beserta Ahli Jawatankuasa AMK yang sedia ada.

Kancah perlanggaran dan juga kekalutan dalam Cabang Klang ini bukan berpunca dari AMK dan tiada pihak yang cuba mengheret AMK Cabang Klang dalam isu ini.

Sekian.
Skuad Mengkarung Angkatan Muda KeADILan Klang
Category:
��
7:45 PM | Posted in
Berita ADUN Pelabuhan Klang, YB Badrul Hisham Abdullah keluar Parti Keadilan Rakyat pada 29 Oktober 2009 bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Pada pagi hari yang sama saya mengeluarkan kenyataan media menyatakan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim berhasrat memaklumkan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan untuk meminta Badrul letak jawatan.

Di dalam Dewan Negeri Selangor kerusi saya di antara Badrul dan YB Haniza Talha, Timbalan Speaker Dewan merangkap ADUN Taman Medan. Namun beliau langsung tidak pernah berucap di dalam Dewan, sekadar bertanya soalan.

Ketika awal-awal timbul rungutan orang ramai dan akar umbi Keadilan terhadap prestasi Badrul saya bertemu dengan beliau. Malah, saya mengaturkan pertemuan beliau dengan Tan Sri Khalid. Dalam setiap pertemuan beliau meluahkan masalahnya dengan pimpinan cabang Klang dan berjanji memperbaiki prestasi beliau.

Awal tahun ini apabila cerita beliau hendak lompat parti mula tersebar, saya menghubunginya. Selepas mendapat penjelasan beliau, kami mengadakan sidang media bersama YB Azmin Ali dan YB Amirudin Shari menafikan kisah tersebut.

Namun rungutan orang ramai terhadap beliau semakin berterusan. Saya memanggil beliau untuk datang berjumpa Menteri Besar. Beliau bersetuju. Apabila tiba hari yang dijanjikan, beliau tidak hadir sebaliknya menghantar pembantunya sebagai wakil.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terpaksa memanggil beliau suatu petang bersama-sama saya bagi meyakinkan beliau untuk memberi kerjasama penuh dengan saya dan Menteri Besar.

Apabila Badrul tidak mengubah sikap, masih sukar berbincang dan ramai merungut tentang pengurusan peruntukan beliau, maka saya mengunjung beliau bersama pimpinan Keadilan Cabang Klang pada 14 Mei 2009 bagi memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri bercadang memberikan saya tanggungjawab menguruskan peruntukan DUN beliau. Lawatan saya ke rumah beliau dibuat secara mengejut agar beliau tidak boleh mengelakkan daripada bertemu saya.

Pada pertemuan tersebut yang mana turut dihadiri isteri dan pembantu-pembantu Badrul, beliau bersetuju dengan perubahan tersebut. Saya sendiri memaklumkan saya akan menyokong sebarang aktiviti yang Badrul anjurkan sekiranya dibuat permohonan lengkap.

Namun sejak hari itu beliau sukar dihubungi. Saya tidak pernah berjaya menelefonnya secara langsung – mengalahkan Datuk Seri Anwar mahupun Tan Sri Khalid dalam ‘kesibukannya’! Pada sidang DUN yang lalu beliau tidak hadir, dan mula-mula menghantar surat memaklumkan keuzuran yang ditandatangani oleh pembantu beliau. Apabila saya memaklumkan YB Tuan Speaker tidak boleh menerima surat begitu, barulah Badrul menghantar surat yang ditandatanganinya sendiri.

Penduduk Pelabuhan Klang merungut tidak menerima bayaran Skim Mesra Usia Emas, sehingga Kerajaan Negeri memindahkan pengurusan skim tersebut di bawah saya demi kebajikan rakyat. Bukanlah saya teringin sangat hendak mengambil alih pengurusan DUN nya, memandangkan saya pun banyak tanggungjawab lain termasuk DUN saya sendiri. Malah YB Ronnie juga terpaksa ‘menyerbu’ rumahnya kerana YB Ronnie yang merupakan ADUN Pandamaran yang berjiran dengan Pelabuhan Klang terlalu kerap menerima rungutan orang ramai tentang Skim Mesra Usia Emas di sana.

Beliau juga tidak memulangkan deposit pilihan raya sebanyak RM8000 yang didahulukan oleh Keadilan pada penamaan calon hingga hari ini.

Seorang demi seorang pembantu beliau meninggalkannya. Ramai datang bertemu saya merungut kebajikan mereka tidak terjaga.

Selepas peristiwa itu, YB Azmin dan saya merancang membuat lawatan mengejut lagi ke rumahnya. Tetapi apabila berita tersebut dihidu Badrul, beliau meninggalkan rumahnya dan berpesan kepada seorang anggota Keadilan Klang agar saya dan YB Azmin membuat temujanji sekiranya hendak bertemu. Bagaimana nak buat temujanji kalau tak boleh dihubungi?

Bagi setiap program yang mana saya dijemput selaku Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, saya minta Badrul dimaklumkan. Namun beliau tidak pernah hadir. Dalam satu program penyampaian zakat di Masjid di Pelabuhan Klang yang beliau maklumkan akan hadir, yang tiba cumalah pembantunya dengan teks ucapan beliau di penghujung program.

Beliau tidak lagi hadir program orang ramai, sebaliknya menghilangkan dirinya entah ke mana. Pusat Khidmat Rakyatnya juga akhirnya tutup, sedangkan beliau terus mendapat elaun pejabat dan dua pembantunya terus dibayar Kerajaan Negeri.

Saya ada menerima surat tentang tuntutan beberapa bayaran dari Badrul. Saya menghantar pesanan agar kami dapat bertemu untuk saya mengesahkan permohonan tersebut. Tetapi tiada jawapan.

Sehingga ke minggu lepas, pintu rundingan masih dibuka. Berkali-kali Tan Sri Khalid memaklumkan pada saya keinginannya untuk bertemu Badrul, namun setiap pesanan yang saya hantar tidak mendapat sebarang jawapan.

Kenyataan Tan Sri Khalid dibuat memandangkan sudah tiada pilihan lain.

Justeru, saya sedikit lucu dengan kenyataan Badrul apabila mengumumkan keluar dari Keadilan – menjadi seorang lagi YB ‘Bebas menyokong BN’ – beliau menyatakan beliau hilang keyakinan terhadap Keadilan. Mengapa selepas Tan Sri Khalid minta beliau letak jawatan baru beliau hendak keluar menghadap orang ramai dan umumkan beliau keluar dari parti? Pelbagai perkara yang sudah lama berlaku disebut, tetapi hanya sekarang beliau berani bersuara?

Hakikatnya, rakyat sudah lama hilang keyakinan kepada beliau .
Category:
��
7:22 PM | Posted in
ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) SELANGOR mendesak agar ADUN Pelabuhan Klang,YB Badrul Hisham Abdullah untuk meletakkan jawatannya sebagai ADUN dengan kadar segera. Ini adalah untuk membolehkan seorang wakil rakyat baru dipilih setelah beliau gagal melaksanakan tugas dan amanah yang diberi rakyat dengan baik.

AMK Selangor amat menghargai ketegasan Dato’ Menteri Besar Selangor,Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dalam isu YB Badrul Hisham di mana ADUN Pelabuhan Klang ini telah gagal menjalankan amanah rakyat yang diberi dan pelbagai masalah dan kerenah yang ditimbulkannya. Tindakan dan ketegasan Menteri Besar Selangor ini jelas mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat adalah amat penting dan terutama daripada kepentingan politik semata-mata.

AMK Selangor membuat desakan kuat ini agar ADUN Pelabuhan Klang yang menang dalam Pilihanraya Umum ke-12 menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat apabila mengistiharkan dirinya keluar daripada PKR perlu melepaskan jawatan ADUN tersebut segera. Tindakan beliau tidak melepaskan jawatan ADUN tersebut dan menyokong pembangkang Barisan Nasional di Selangor seolah-olah beliau sudah tidak mempunyai harga dan maruah yang tinggi lagi.

AMK Selangor merasakan tindakan beliau semasa mengistiharkan keluar daripada PKR dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas dengan menyerang kepimpinan tinggi PKR dan kerajaan Selangor, jelas membuktikan agenda perancangan busuk dan keji pihak tertentu untuk menjejaskan keutuhan dan kekuatan Pakatan Rakyat di Selangor. Malahan tindakan beliau seperti ‘kacang lupakan kulit’ yang sebelum ini memenangi jawatan ADUN Pelabuhan Klang menggunakan platform Parti Keadilan Rakyat.

Rakyat keseluruhannya dan pengundi di DUN Pelabuhan Klang sendiri sudah mengetahui segala-galanya berkenaan kegagalan total YB Badrul Hisham dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberi rakyat sejak sekian lama. Malahan kepimpinan parti dan juga negeri sudah beberapa kali memberikan teguran dan nasihat agar melaksanakan tugas dengan baik namun beliau sehingga kini gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat seperti yang diharap-harapkan.

AMK Selangor berpandangan pemimpin yang mendatangkan terlalu banyak bermasalah,karenah dan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan pengundi dalam melaksanakan tugas dan amanah perlu dihumban jauh-jauh daripada menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan. Dengan keluarnya YB Badrul Hisham daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuktikan bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan dan mutu kerja yang cemerlang,bertanggungjawab dan bersih. Tindakan beliau keluar dan menyokong UMNO/BN membuktikan dan menjelaskan lagi itulah wadah politik yang amat sesuai dengan imej kini UMNO/BN yang penuh dan terpalit dengan pelbagai skandal,penyelewengan,rasuah dan jenayah politik.

AMK Selangor yakin bahawa imej positif Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat mendadak pada pandangan rakyat yang berharap pemimpin yang menerajui Selangor adalah kalangan yang bersih,bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan penuh berhemah dan komitmen. Isu ini juga sebenarnya memberikan gambaran bahawa menjelang PRU-13 ini,Pakatan Rakyat akan diwakili oleh pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mempunyai rasa amanah dan integriti yang amat tinggi kepada rakyat untuk memimpin arus perubahan besar negara kelak.

AMK Selangor berpandangan pemimpin yang berhak memimpin perubahan perlu mempunyai jatidiri,integriti dan komitmen yang kuat untuk memimpin rakyat dan perubahan. Pemimpin yang lemah,rasuah,mempunyai pelbagai masalah serta kerenah, tidak mempunyai jatidiri dan perjuangan yang kuat sepatutnya tidak layak untuk bersama-sama dengan arus perjuangan rakyat semuanya.

AMK Selangor melihat pelbagai ‘kemelut politik kecil’ yang disensasikan oleh media yang melanda khususnya Parti Keadilan Rakyat akan mematangkan lagi proses pengalaman politik PKR yang baru berusia 10 tahun. Sebuah parti yang langsung tidak diberi harapan langsung dalam PRU-12 tetapi membuat kejutan dan tsunami politik besar bersama-sama rakan Pakatan Rakyat daripada PAS dan DAP atas semangat dan kesedaran memuncak rakyat.

AMK Selangor berharap agar rakyat terus memberikan keyakinan dan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk terus memimpin dan membawa perubahan. Kejayaan parti baru seperti Democratic Parti of Japan (DPJ) yang menumbangkan seteru kuat politik daripada Liberal Democratic Parti (LDP) yang memerintah selama 50 tahun di Jepun membakar semangat dan iltizam baru seluruh rakyat dan pendukung Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya dalam PRU-13 ini.

AMK Selangor menaruh harapan yang amat tinggi bahawa semangat dan dokongan rakyat di Selangor akan terus meningkat kerana terbukti kini bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan individu pemimpin yang mampu menjalankan tugas, amanah, mempunyai integriti dan jatidiri unggul untuk memimpin arus perubahan dan kepimpinan negeri.

Ini jelas berbeza dengan dasar pemilihan kepimpinan UMNO/BN yang akan terus mendambakan pemimpin yang rasuah, menyeleweng kuasa dan penuh dengan pelbagai skandal keji dan jijik. Memang layak YB Badrul Hisham untuk menghuni parti seperti ini yang hanya menunggu masa sahaja untuk karam dan pupus daripada kamus politik negara.

Akhirnya,AMK Selangor mengulangi pendirian tegas mencabar YB Badrul Hisham jika masih mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi untuk segera melepaskan jawatan ADUN Pelabuhan Klang dan bertanding semula atas tiket sendiri dalam pilihanraya kecil yang diadakan kelak.
Category:
��
7:09 PM | Posted in
MAKLUMAT terbaru yang diperolehi dari e-mail : amk.pkrklang@gmail.com memaklumkan bahawa PKR Cabang Klang akan mengalami satu perubahan besar selepas kehadiran tiga (3) pimpinan negeri Selangor tidak lama lagi. Pemimpin yang akan hadir atas arahan Pengerusi Pimpinan PKR Negeri, YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim adalah Timbalan Pengerusi Pimpinan Negeri, Ketua Penerangan Negeri dan Setiausaha PKR Negeri untuk mendengar apa yang berlaku di Klang.

Maklumat ini juga ada menyatakan bahawa Pejabat Penyelaras DUN N46 Pelabuhan Klang telah ditukar kepada Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat DUN Pelabuhan Klang. Dan yang lebih malang berlaku apabila pegawai yang perlu dihubungi bukan pegawai yang dilantik oleh YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad selaku ADUN Angkat Pelabuhan Klang setelah diperkenankan oleh YAB Dato' Menteri Besar tetapi orang lain sehinggakan tiada nama beliau dipaparkan.

Adakah ini tanda-tanda kehancuran PKR Cabang Klang?

Sumber :
Skuad Mengkarung AMK Klang
Category:
��
6:53 PM | Posted in
SEMBILAN BONGGOL hanya ada di Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang yang mempunyai seorang AMK Ranting yang agak lesu. Menurut blog Sembilan Bonggol di Tazmania Klang yang mengutuk Ketua AMK yang kononnya terpengaruh dengan orang kiri dan kanan adalah agak melampau dan kurang berpelajaran.

AMK Cabang Klang bergerak bersama Ketua AMK yang sedia ada sejak penjenamaan semula AMK Cabang Klang pada 4 April 2008 di Jannas System, Bandar Bukit Tinggi. Perpecahan yang berlaku di Klang adalah berpunca dari sikap sesetengah pemimpin Cabang Klang yang agak ego dan syok sendiri sehingga mengheret AMK Klang bersama.

Bagi AMK Klang tiada istilah tidak dapat projek dari Ahli Majlis, masalah rumahtangga mahupun dibeli oleh sesiapa walaupun terdapat seorang ahli AMK Klang yang hanya makan gaji buta tanpa membuat kerja yang telah diamanahkan.

AMK Cabang Klang yang digelar sebagai 6-Jahanam oleh penulis blog Sembilan Bonggol dilihat amat kurang ajar dan kurang pendidikan agama. Majlis yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor tempoh hari adalah untuk sessi taklimat berkenaan tindakan YB Badrul yang meninggalkan PKR untuk menyokong UMNO-BN dan semua yang hadir perlukan maklumat apa yang berlaku di Klang sehingga Badrul tinggalkan PKR Klang.

Buat pengetahuan pembaca blog ini, AMK Cabang Klang sedang berusaha memperbaiki sokongan terhadap Pakatan Rakyat di Klang yang agak tercalar selepas YB Badrul keluar PKR walaupun rata-rata penduduk Pelabuhan Klang tidak menyukai YB Badrul ini. Pelbagai program yang direncanakan untuk semua kaum di Klang.

Sehingga setakat ini hampir 300 orang ahli AMK Klang akan dibawa 'keluar' untuk diberi maklumat mengenai status dan masalah terkini di Klang.

Kepada yang tidak faham maklumat atau sekadar mendengar maklumat dari sebelah pihak, sila lupakan niat untuk melawan jawatan dalam pemilihan AMK Klang tahun 2010 akan datang ini dan nasihat kami, cermin diri anda sebelum membuat sebarang spekulasi yang tidak betul berkenaan dengan AMK Cabang Klang.

Skuad Mengkarung AMK Cabang Klang
Category:
��
6:40 PM | Posted in


ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) Cabang Klang sekeras-kerasnya mengutuk tindakan YB Badrul Hisham bin Abdullah, ADUN N46 Pelabuhan Klang yang bertindak keluar PKR untuk menyokong UMNO-BN. Beliau (Badrul Hisham) dilihat telah mengkhianati pilihan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat di Pelabuhan Klang khususnya dan di Selangor amnya. YB Badrul sebelum ini dilihat sebagai YB yang paling bermasalah dengan pelbagai tingkah laku yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang YB atau wakil rakyat.

Tindakan beliau ini juga secara tidak langsung sebenarnya telah menunjukkan UMNO-BN ketandusan sokongan rakyat sehingga sanggup untuk menjadikan seorang YB yang bermasalah untuk merealisasikan impian tawan Selangor.

AMK merupakan sayap kanan parti yang mempunyai haluan sendiri dalam mendapatkan sokongan pengundi muda di Pelabuhan Klang dan di Klang. Walaupun pelbagai masalah yang berlaku di peringkat Cabang Klang dengan pemimpin sedia ada agak goyah selepas tindakan YB Badrul ini, tetapi bagi AMK Klang tetap dengan wadah perjuangan yang perlu memperbaiki sokongan rakyat Klang.
Category:
��