5:25 PM | Posted in
Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Klang yang dipimpin oleh Pemangku Ketua Cabang perlukan bantuan kecemasan apabila rata-rata Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dipilih dan dilantik merasakan ketidakpuashatian terhadap pimpinan beliau. Maklumat yang diperolehi menyatakan bahawa hari ini, 04 November 2009 (Rabu) akan diadakan satu perjumpaan khas yang khabarnya diadakan di kawasan jiran Pelabuhan Klang untuk memuktamadkan resolusi yang dibuat berkenaan konspirasi yang berlaku.

Kedudukan Angkatan Muda KeADILan (AMK) Cabang Klang masih boleh dikatakan selamat lagi kerana kumpulan kedua Cabang Klang dikatakan tidak akan mengganggu gugat kedudukan AMK Cabang Klang sebagai sayap kanan parti yang mempunyai kekuatan sendiri dan ini diperakui oleh mereka sendiri. Apa yang dilihat, AMK sedia ada merupakan jawatankuasa yang sah dari segi perlembagaan parti selepas penjenamaan semula AMK.

Buat masa ini semua aktiviti bagi menyalurkan maklumat dan memperkukuhkan sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat akan dilakukan oleh AMK yang diketuai oleh Irwan bin Ismail selaku Penyelaras DUN, Ahli Majlis MPK Sessi 2009/2010 dan Ketua AMK Cabang Klang beserta Ahli Jawatankuasa AMK yang sedia ada.

Kancah perlanggaran dan juga kekalutan dalam Cabang Klang ini bukan berpunca dari AMK dan tiada pihak yang cuba mengheret AMK Cabang Klang dalam isu ini.

Sekian.
Skuad Mengkarung Angkatan Muda KeADILan Klang
Category:
��

Comments