6:40 PM | Posted in


ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) Cabang Klang sekeras-kerasnya mengutuk tindakan YB Badrul Hisham bin Abdullah, ADUN N46 Pelabuhan Klang yang bertindak keluar PKR untuk menyokong UMNO-BN. Beliau (Badrul Hisham) dilihat telah mengkhianati pilihan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat di Pelabuhan Klang khususnya dan di Selangor amnya. YB Badrul sebelum ini dilihat sebagai YB yang paling bermasalah dengan pelbagai tingkah laku yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang YB atau wakil rakyat.

Tindakan beliau ini juga secara tidak langsung sebenarnya telah menunjukkan UMNO-BN ketandusan sokongan rakyat sehingga sanggup untuk menjadikan seorang YB yang bermasalah untuk merealisasikan impian tawan Selangor.

AMK merupakan sayap kanan parti yang mempunyai haluan sendiri dalam mendapatkan sokongan pengundi muda di Pelabuhan Klang dan di Klang. Walaupun pelbagai masalah yang berlaku di peringkat Cabang Klang dengan pemimpin sedia ada agak goyah selepas tindakan YB Badrul ini, tetapi bagi AMK Klang tetap dengan wadah perjuangan yang perlu memperbaiki sokongan rakyat Klang.
Category:
��

Comments