1:22 PM | Posted in
Assalamualaikum wbt... dan Salam Reformasi...

Blog AMK Cabang Klang kini kembali beraksi atas permintaan para sahabat yang faham dan mengetahui apa yang berlaku semasa kemelut antara AMK Cabang Klang dengan Pimpinan PKR Cabang Klang.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemelut ini telah sedikit sebanyak membawa satu perubahan paradigma pemikiran golongan yang cetek pengetahuan dan juga yang kurang mengikuti perkembangan AMK Cabang Klang dengan orang yang sentiasa bersama setiap kali adanya program anjuran mana-mana sahaja baik diperingkat Negeri, Cabang, Ranting atau mana-mana sahaja yang sudi menjemput kami dari AMK Cabang Klang.

Setelah hampir 2 bulan blog ini ditutup dan tidak dikemaskini, pelbagai program yang memberitahu impak hasil daripada kurang permuafakatan di dalam merencanakan sesuatu program.

Terdapat beberapa golongan yang tamak, terlalu ingin menonjol, yang mahukan pangkat, ganjaran, imbuhan dan pelbagai lagi.

Apa yang dapat dilihat bahawa golongan sebegini sememangnya tidak ikhlas dalam perjuangan. Memang kita (PKR) dapat menawan negeri terkaya dan termaju di Malaysia ini. Tetapi adakah kita sekali sekala memikirkan berapa usia kita? Baru darjah 5. Masih jauh perjalanan dan pembelajaran yang perlu kita tamatkan. Jangan sekali-kali memikir imbuhan tetapi kita sepatutnya bersama-sama mengembleng tenaga dan juga usaha bagaimana ingin memperkembangkan sayap pemerintahan kita.

Imbuhan itu perlu, tetapi gunakanlah channel yang betul. Jalan shortcut, bukan jalan kita. Selama 10 tahun berjuang dalam PKN (Parti Keadilan Nasional) sebelum menjadi PKR (Parti Keadilan Rakyat) baru kini terasa manisnya.

Jadi, dengan kemunculan semula blog telus ini akan membantu para sahabat menilai kelompok parti kita di Klang ini sebelum kita menilai orang lain.

Kebertanggungjawaban kita semua penting dalam mencorakkannya. Untuk itu, saya sendiri mengarang blog ini bukan atas kapasiti Setiausaha AMK Cabang Klang lagi tetapi sebagai ahli AMK Cabang Klang yang mahu melihat perubahan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Sekian, terima kasih.
SHAHRUL NIZAM BIN MUSA
AMK Cabang Klang.
Category:
��