1:52 AM | Posted in
TAHNIAH... Barisan Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Klang ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas perlantikan KETUA AMK CABANG KLANG sebagai AHLI MAJLIS MESYUARAT MPK bagi sessi 2009/2010 secara rasminya beberapa jam dari sekarang iaitu jam 10.00 pagi nanti di hadapan Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Klang (MPK) iaitu Yang Berbahagia Tuan Mislan bin Tugiu. Turut serta di dalam Majlis Angkat Sumpah adalah 4 orang yang lain termasuk seorang daripada PKR Cabang Klang, Tuan Tai Teck Chuan (Gary) dan juga 3 daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Klang dan Kapar.

Sebagai badan pentadbir, Jawatankuasa AMK Cabang Klang mengharapkan semua Ahli Majlis yang mengangkat sumpah hari ini dapat menjalankan tanggungjawab seperti yang telah diamanahkan. Selain itu, dalam program yang berasingan, dimaklumkan bahawa YB Tuan Azmin bin Ali akan melawat Pelabuhan Klang pada masa yang sama. Barisan Jawatankuasa AMK Cabang Klang akan mengiringi YB Azmin Ali sementara Ketua AMK Cabang Klang menghadiri Majlis Angkat Sumpah.

Sekian.
S/U AMK Cabang Klang
"mengubah persepsi masyarakat, menggapai perjuangan rakyat"
KALAU TAKUT DILANDA GELOMBANG, JANGAN BICARA MENGENAI PERJUANGAN
Category:
��

Comments