Dalam kelompok masyarakat ini terdapat satu badan pentadbir yang mempunyai kaum majoriti. Sebagai badan induk pentadbir, terdapat 2 lagi badan sokongan dari golongan anak muda dan wanita. Si anak muda ini mempunyai pengikut akar umbi yang boleh dikatakan ramai serta suara mereka ini didengari hampir setiap kelompok kumpulan kecil dalam badan pentadbir kawasan. Manakala si wanita ini seperti tiada pengikut yang dibina dan si badan induk ini sentiasa menggunakan si anak muda untuk mengaburi kepincangan pentadbiran beliau.
Alkisahnya, ketua jajahan telah meminta ketua komuniti untuk menjalankan satu program di satu kawasan yang agak jauh juga dari bandar dalam tujuan menyampaikan sumbangan ketua jajahan kepada komuniti di kawasan ketua komuniti ini. Tapi sayang dek kerana ego, tidak menghormati perasaan orang lain serta suka memburukkan orang lain, ketua komuniti kawasan tidak mahu berurusan dengan ketua komuniti sebaliknya terus berhubung dengan pembantu kepada ketua jajahan.
Pembantu ketua jajahan ini mempunyai hubungan baik dengan si anak muda lalu program tersebut berlangsung dengan jayanya dan ketua jajahan berpuas hati dengan program tersebut. Kecewa dengan sikap si anak muda yang mengenepikan nama ketua komuniti induk semasa program, si ketua komuniti induk ini agak murka seterusnya mengutuk bermacam-macam kepada si pembantu ketua jajahan ini. Sampai nak dilanggarnya ketua si anak muda ini yang dilantik oleh ketua jajahan sebagai pembantu ketua jajahan tersebut.
Si ketua komuniti induk ini mempunyai orang suruhan dan orang suruhan ini pula telah menghantar SMS untuk memboikot setiap program yang akan dijalankan oleh si pembantu ketua jajahan ini. Si ketua jajahan ini tidak rasa tergugat atau tidak hairan dengan SMS tersebut kerana baginya setiap program yang dijalankan sentiasa tidak mendapat sokongan dari ketua komuniti induk tersebut dan semuanya diatur dan diselenggara oleh si anak muda.
Jadi, si anak muda berkata, apa nak kisah sebab selama hari ni pun di komuniti induk tiada sebarang sumbangan yang diberi.
Cerita ini nurkilan,
Si anak muda