3:42 PM | Posted in
Berikutan kekecohan yang berlaku di PKR Cabang Klang dengan AMK Cabang Klang, Setiausaha AMK Cabang telah digantung tugas sebagai setiausaha mulai 29 Julai 2009.

OLEH YANG DEMIKIAN, BLOG INI JUGA AKAN DIGANTUNG PENERBITANNYA MULAI 01 OGOS 2009 (SABTU) SEHINGGA DIBERITAHU KERANA BLOG INI DITULIS DAN DITERBITKAN OLEH SETIAUSAHA AMK CABANG KLANG.
Category:
��
3:34 PM | Posted in
ASSALAMUALAIKUM WBT.. Mulai tarikh 29 Julai 2009, Jam 2.35pm jawatan SETIAUSAHA AMK CABANG KLANG yang dipegang sejak 8 April 2008 yang lalu telah digantung tugas sehingga diberitahu. Mulai tarikh tersebut, jawatan setiausaha AMK Cabang Klang akan dipangku oleh Ketua AMK Cabang Klang sendiri.

Terima kasih di atas sokongan anda terhadap saya selaku Setiausaha AMK Cabang Klang. Penggantungan ini adalah disebabkan oleh penyebaran SMS yang mendakwa saya mengisytiharkan perang terhadap PKR Cabang Klang.

Sekian.
SHAHRUL NIZAM BIN MUSA
Setiausaha
AMK Cabang Klang
(Digantung bermula jam 2.35pm 29.07.2009)
Category:
��
3:30 PM | Posted in
TAHNIAH kepada semua Ahli Majlis MPK 2009/2010 di atas Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat MPK yang diadakan pada jam 10.00 pagi tadi.

Jalankan amanah yang telah diberikan kepada anda semua.
Category:
��
1:52 AM | Posted in
TAHNIAH... Barisan Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Klang ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas perlantikan KETUA AMK CABANG KLANG sebagai AHLI MAJLIS MESYUARAT MPK bagi sessi 2009/2010 secara rasminya beberapa jam dari sekarang iaitu jam 10.00 pagi nanti di hadapan Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Klang (MPK) iaitu Yang Berbahagia Tuan Mislan bin Tugiu. Turut serta di dalam Majlis Angkat Sumpah adalah 4 orang yang lain termasuk seorang daripada PKR Cabang Klang, Tuan Tai Teck Chuan (Gary) dan juga 3 daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Klang dan Kapar.

Sebagai badan pentadbir, Jawatankuasa AMK Cabang Klang mengharapkan semua Ahli Majlis yang mengangkat sumpah hari ini dapat menjalankan tanggungjawab seperti yang telah diamanahkan. Selain itu, dalam program yang berasingan, dimaklumkan bahawa YB Tuan Azmin bin Ali akan melawat Pelabuhan Klang pada masa yang sama. Barisan Jawatankuasa AMK Cabang Klang akan mengiringi YB Azmin Ali sementara Ketua AMK Cabang Klang menghadiri Majlis Angkat Sumpah.

Sekian.
S/U AMK Cabang Klang
"mengubah persepsi masyarakat, menggapai perjuangan rakyat"
KALAU TAKUT DILANDA GELOMBANG, JANGAN BICARA MENGENAI PERJUANGAN
Category:
��
1:45 AM | Posted in
SKUAD MENGKARUNG... menarik juga namanya. Sama macam SKUAD CICAK KOBENG. Dua skuad yang hampir sama tetapi berlainan entiti. MENGKARUNG, agak comel berkulit licin dan kalau orang tua-tua ada berpesan, sekiranya MENGKARUNG MELINTAS DI HADAPAN, BERMAKNA ADA PERKARA MALANG YANG AKAN BERLAKU. Tapi tak tahu pula benarkah kata-kata orang-orang tua tersebut... (?...) CICAK KOBENG, panggilan orang-orang kampung untuk sesumpah (ala sespesis dengan EZAM MOHD NOR) yang badannya mengerutu, kotor dan kurang comel.
Category:
��
1:30 AM | Posted in
TAHNIAH!!! Akhirnya PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) Cabang Klang dapat mewujudkan 4 Ranting baru dalam masa tidak sampai 1 (satu) hari. Ranting yang ke-15, PKR Ranting Taman Suria Idaman, ke-16 PKR Ranting Pandamaran Indah 1, ke-17 PKR Ranting Taman Kem dan ke-18 PKR Ranting Pelabuhan Klang.

Yang menariknya, senarai Ahli Jawatankuasa AMK bagi setiap Ranting yang wujud tidak dimaklumkan kepada Setiausaha AMK Cabang Klang dan tanpa pengetahuan AMK Cabang Klang ada di antara Ranting yang wujud mempunyai Ketua AMK Ranting adalah wanita yang sebaiknya masuk dalam Srikandi PKR.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada PKR Cabang Klang yang sedaya upaya memantapkan PKR Cabang Klang dengan mewujudkan 4 Ranting baru tidak sampai 24 jam.

Sekian.
SKUAD MENGKARUNG...
Category:
��
4:11 PM | Posted in
BENGKEL USAHAWAN MUDA 2009 yang berlangsung hari Ahad yang lepas menyaksikan pelbagai golongan usahawan baru yang mula berjinak-jinak dengan bidang keusahawanan. Ceramah serta pembentangan kertas kerja yang dibuat oleh Tn. Hj. Muhamad Othman amat menarik minat usahawan ini.

Beliau menamam cili secara fertigasi di Telok Gong. Beliau menanyakan berkenaan dengan bagaimana untuk memuat pelan permasaran cili tersebut apabila cukup masa untuk tuaian hasil? Dengan secara spontan, seorang peserta memberitahu bahawa "bukan susah, cari orang yang suka makan cili... nanti boleh samakan dengan, siapa makan cili dia yang terasa pedasnya". Selepas itu gamat Dewan Auditorium, Kompleks Sukan Pandamaran dengan lawak spontan peserta ini.

Tapi, Alhamdulillah kerana jawapan yang diberikan amat menarik perhatian pemuda tersebut.

Sekian.
S/U AMK Cabang Klang
Category:
��
2:02 PM | Posted in
TERIMA KASIH kepada semua peserta yang ikut serta dalam BENGKEL USAHAWAN MUDA 2009 yang diadakan pada hari AHAD yang lepas. BENGKEL USAHAWAN ini adalah anjuran Sekretariat Penyelaras DUN N46 - Pelabuhan Klang di bawah En. Irwan bin Ismail yang dalam masa menggalas tugas sebagai KETUA AMK Cabang Klang.

Bengkel yang diadakan dari jam 9.00pagi hingga 4.30petang ini dihadiri oleh kira-kira 61 orang dari segenap lapisan masyarakat. Kepada para peserta program, di bawah ini adalah slide presentation yang digunakan semasa program tersebut.

Kepada anda yang inginkan slide ini boleh muat turun dengan klik link di bawah.




Semoga panduan ini memberi serba sedikit idea dan ilmu kepada anda semua.

GAMBAR SEKITAR PROGRAM



Sekian.
AMK Cabang Klang
Category:
��
8:04 AM | Posted in
TOK KETUA (bukan ketua kampung) YANG KURANG CERDIK ini berlaku di dalam satu kawasan yang komunitinya mempunyai pelbagai kaum di sebuah jajahan baru hasil permuafakatan masyarakat.

Dalam kelompok masyarakat ini terdapat satu badan pentadbir yang mempunyai kaum majoriti. Sebagai badan induk pentadbir, terdapat 2 lagi badan sokongan dari golongan anak muda dan wanita. Si anak muda ini mempunyai pengikut akar umbi yang boleh dikatakan ramai serta suara mereka ini didengari hampir setiap kelompok kumpulan kecil dalam badan pentadbir kawasan. Manakala si wanita ini seperti tiada pengikut yang dibina dan si badan induk ini sentiasa menggunakan si anak muda untuk mengaburi kepincangan pentadbiran beliau.

Alkisahnya, ketua jajahan telah meminta ketua komuniti untuk menjalankan satu program di satu kawasan yang agak jauh juga dari bandar dalam tujuan menyampaikan sumbangan ketua jajahan kepada komuniti di kawasan ketua komuniti ini. Tapi sayang dek kerana ego, tidak menghormati perasaan orang lain serta suka memburukkan orang lain, ketua komuniti kawasan tidak mahu berurusan dengan ketua komuniti sebaliknya terus berhubung dengan pembantu kepada ketua jajahan.

Pembantu ketua jajahan ini mempunyai hubungan baik dengan si anak muda lalu program tersebut berlangsung dengan jayanya dan ketua jajahan berpuas hati dengan program tersebut. Kecewa dengan sikap si anak muda yang mengenepikan nama ketua komuniti induk semasa program, si ketua komuniti induk ini agak murka seterusnya mengutuk bermacam-macam kepada si pembantu ketua jajahan ini. Sampai nak dilanggarnya ketua si anak muda ini yang dilantik oleh ketua jajahan sebagai pembantu ketua jajahan tersebut.

Si ketua komuniti induk ini mempunyai orang suruhan dan orang suruhan ini pula telah menghantar SMS untuk memboikot setiap program yang akan dijalankan oleh si pembantu ketua jajahan ini. Si ketua jajahan ini tidak rasa tergugat atau tidak hairan dengan SMS tersebut kerana baginya setiap program yang dijalankan sentiasa tidak mendapat sokongan dari ketua komuniti induk tersebut dan semuanya diatur dan diselenggara oleh si anak muda.

Jadi, si anak muda berkata, apa nak kisah sebab selama hari ni pun di komuniti induk tiada sebarang sumbangan yang diberi.

Cerita ini nurkilan,
Si anak muda
Category:
��
8:58 PM | Posted in
MASALAH PENDUDUK YANG MENGUNDI DI PELABUHAN KLANG, persoalannya terungkaikah masalah mereka itu dengan perlantikan Ketua AMK Cabang Klang, Irwan bin Ismail sebagai Penyelaras DUN N46 - Pelabuhan Klang setelah Kerajaan Negeri mengambil alih peruntukan DUN N46 dari YB Badrul Hisham bin Abdullah kepada Pejabat Menteri Besar ?

Selama ini sebenarnya masalah penduduk Pelabuhan Klang tidak sampai kepada Jabatan-jabatan Kerajaan yang berkenaan disebabkan keengganan yang sepatutnya untuk hadir memberitahu masalah tersebut. Buat pertama kalinya masalah penduduk DUN Pelabuhan Klang sampai ke pengetahuan Jawatankuasa Teknikal Daerah Klang yang dibawa oleh Saudara Irwan bin Ismail.

Sebanyak 7 isu yang sepatutnya diselesaikan oleh Kerajaan untuk kepentingan penduduk setempat. Di antara isu yang dibawa ialah isu pendidikan yang mana di Pelabuhan Klang terutama di kawasan Kg. Pendamar, Telok Gong, Taman Pendamar Indah dan Taman Telok Gedong Indah memerlukan sebuah Sekolah Menengah yang mana tapak sekolah menengah tersebut telah diambil oleh mantan ADUN N46 yang terdahulu. Dah jadi arwah pun...

Selain itu, isu tanah yang tidak selesai di Telok Gong. Isu ini telah dimajukan kepada YAB Dato' Menteri Besar semasa majlis makan malam meraikan kemenangan rakyat di Telok Gong sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Akan tetapi tindakan susulan tidak dibuat.

Isu-isu kemasyarakatan dan kebajikan penduduk turut diutarakan semasa mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Daerah Klang pada Khamis lepas. Beginikah yang kita perlukan di dalam membantu penduduk ? AMK Cabang Klang mempunyai suara untuk membantu penduduk sekitar dan kami tidak akan biarkan orang lain mengganggu gugat kami walaupun ianya menggunakan lambang yang sama sekalipun.

AMK Cabang Klang akan membersihkan setiap kesan najis yang ditinggalkan agar percambahan hubungan baru dapat diwarnakan dengan kaedah yang lebih tersusun. Sokongan penduduk terhadap PKR Cabang Klang sudah mula bergerak dan tidak mustahil segala onak sebelum ini dapat ditempuhi oleh PKR Cabang Klang.

Tetapi AWAS, UMNO - BN bahawa anda tidak mudah mengambil N46 kembali kerana hampir 400 dan lebih undi anda akan bersama kami. Ini baru satu setelah perubahan drastik yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan AMK Cabang Klang akan cuba menarik lagi sokongan dari parti anda. AMK tidak gentar dan resah dengan apa yang berlaku.

Sekian.
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Klang.
Category:
��
4:09 PM | Posted in
ALHAMDULILLAH...

Terima kasih kami ucapkan kepada Kerajaan Negeri SELANGOR terutama YB Azmin Ali kerana hasil usaha serta sokongan para sahabat dalam pentadbiran kerajaan negeri, akhirnya suara Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Klang didengari dan Ketua AMK Cabang Klang, Irwan bin Ismail telah menerima surat lantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat, Majlis Perbandaran Klang (MPK) pagi tadi.

Ternyata apabila gandingan mantap dan sokongan rakan-rakan membolehkan sesuatu yang diusahakan menampakkan hasilnya. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan.

Kepada KETUA AMK CABANG KLANG, kami sentiasa bersama anda dan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang dan buktikan bahawa AMK Klang boleh menggalas apa jua tanggungjawab yang diberikan.

Sekian.
S/U AMK Cabang Klang.
Category:
��
2:56 PM | Posted in
WALAUPUN BERITA INI MUNGKIN SUDAH KETINGGALAN WAKTU, tetapi persoalannya, mengapa POLIS dan FRU yakni kuda-kuda tunggangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tergamak atau sanggup memperlakukan orang awam sebegini? Bagaimanakah perasaan kuda-kuda tunggangan ini sekiranya mereka diperlakukan demikian ?

Kepada blogger medan-info-kita, sedarlah bahawa kemelut politik dalaman UMNO-BN pun belum lagi selesai terutama di Terengganu tetapi sengaja disenyapkan oleh Media-media pelabor kebaikan UMNO. Lihatlah tindakan POLIS dan FRU terhadap orang awam yang macam binatang diperlakukan. Adakah otak-otak kuda-kuda tunggangan UMNO-BN ini letak di lutut atau mereka sememangnya dilatih oleh orang yang kurang cerdik dan orang yang kurang pandai dalam menjalankan tugas ?

Apakah tindakan POLIS - POLIS yang menjadi benteng keburukan BN ini apabila 2 laporan POLIS dibuat terhadap keganasan binatang belaan ini ? Tentu masuk dalam tong sampah sahaja kerana bonus atau elaun akan berkurangan kalau diteruskan.

Lihatlah dan tafsirkanlah apa yang anda lihat ini. Ini bukan sekadar penghias skrin tetapi merupakan satu persoalan yang harus anda semua jawab untuk setiap apa yang anda pilih. Jika baik pilihan anda, maka baiklah apa yang berlaku.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Klang begitu kecewa dengan apa yang dilakukan kerana mereka ini adalah orang yang hadir untuk beri sokongan moral kepada protes yang dianjurkan disebabkan kegagalan dan kelemahan peluru BN iaitu SPRM. Mereka semua ini adalah dari KLANG.

Category:
��
7:50 PM | Posted in
KERAJAAN MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN BARISAN NASIONAL (BN) yang mengutuk serangan Israel sebenarnya kawan kepada Israel ? Benarkah begitu ? Bak kata pepatah, "Mulut Tempayan Boleh Ditutup, Mulut Manusia ?" sendiri jawab la...

Dalam dunia yang serba moden lagi canggih dengan kecanggihan teknologi sekarang, tidak mustahil perkara yang ini dapat dibuktikan. Baca kenyataan media dari Ketua Penerangan Parti KEADILAN Rakyat (PKR) ini dan kami, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Klang membiarkan anda membuat tafsiran sendiri.


Kenyataan Media
22 Julai 2009

Pertemuan Zahid Dengan Rakan Sejawatnya dari Israel Menimbulkan Persoalan

Parti Keadilan Rakyat melahirkan rasa kecewa dengan pendedahan laporan bahawa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris bulan lepas.

Turut dilaporkan ialah Zahid telah terlebih dahulu mengakui menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bahawa beliau (Zahid) telah berkeras supaya tidak ada jurugambar yang hadir dalam pertemuan tersebut. Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan pertemuan tersebut kekal menjadi rahsia, jelaslah sekarang bahawa apa yang berlaku di Paris, tidak semestinya hanya kekal di Paris!

Pertemuan yang sedemikian rupa dengan regim yang telah dikecam di seluruh dunia kerana kekejamannya di Palestin dan Lebanon secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan dalam isu moral dan politik, tidak kira apa jua justifikasi yang diberikan oleh Zahid. Sesungguhnya, adalah amat menyedihkan sekiranya Zahid berasakan bahawa pertemuannya dengan Israel akan membuatkan Israel mengubah caranya, sedangkan sekutu-sekutunya yang paling setia seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat pun tidak berjaya dalam desakan supaya regim Zionis mengubah caranya, contohnya desakan untuk menghentikan pembinaan pendudukan haram Yahudi di atas tanah Palestin.

Oleh itu, kita hanya dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat lebih daripada sekadar pertemuan yang biasa dalam gerak isyarat diplomatik singkat Zahid dengan Menteri Pertahanan Israel, yang merupakan orang yang sama yang bertanggungjawab dalam semua serangan udara yang dikecam hebat oleh kerajaan Malaysia selama ini.

Pertemuan ini menimbulkan persoalan tentang keupayaan Zahid dalam membuat penilaian yang baik dalam tempoh yang singkat sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Apakah urusan Malaysia untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan sebuah regim yang mana ia tidak mempunyai hubungan, atau yang tidak pernah diakui hubungannya? Bagi menambahkan lagi keraguan, pertemuan tersebut bukannya di antara dua orang menteri luar negeri, tetapi di antara dua orang menteri pertahanan. Protokol politik tidak akan membolehkan dua orang Menteri Pertahanan kerajaan-kerajaan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik untuk mengadakan pertemuan. Jelaslah Zahid telah melangkaui deskripsi kerjanya.

Satu-satunya orang yang boleh menjawab persoalan ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Atau mungkin juga Zahid, yang pada awal tahun ini memainkan peranan ‘memperjuangkan Islam” dengan amaran kerasnya kepada pemimpin-pemimpin bukan Islam di Malaysia supaya ‘tidak menguji kemarahan orang Islam’, mahukah beliau memberitahu kebenaran dan membuat pengakuan tentang kepura-puraan diplomatiknya?(tamat)


Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Sumber
SEMANGAT PERJUANG HARAPAN BARU
Category:
��
9:56 AM | Posted in
BUTA HURUF di Telok Gong, Pelabuhan Klang seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian semalam menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat setempat termasuk 'orang luar' kerana Malaysia yang kini serba moden dari segi pendidikan dan bentuk pembelajaran tetapi masih terdapat golongan yang buta huruf.

Perkara ini telah lama berlaku sebenarnya tetapi untung apabila Pakatan Rakyat memerintah. Kampung yang sebelum ini kurang terkenal, sekarang menjadi buah mulut musuh politik Pakatan Rakyat (PR) iaitu Barisan Nasional (BN). Apakan tidaknya, mereka boleh tersenyum kerana kebodohan dan kelalaian mereka sendiri diperbesarkan di dada akhbar.

Perkara ini sebenarnya telah dan sedang diusahakan oleh kami Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Klang dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Telok Gong untuk mencari jalan keluar dari kemelut ini.

Apakah yang sebenarnya berlaku di dalam situasi ini adalah disebabkan oleh ibu bapa penjaga kepada pelajar tersebut serta sikap Yang Di-pertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau PIBG yang berfikiran "kenyang perut sendiri" sahaja kerana pelbagai cara yang diambil sebelum ini untuk anak-anak penduduk sendiri dikekang oleh YDP yang tidak bertanggungjawab ini. Dek kerana projek pembangunan sekolah tidak diberikan kepada beliau, habis Guru Besar ditendang atau diugut. Beginilah sikap pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.

AMK Cabang Klang dengan kerjasama JKKK Telok Gong akan menyahut cabaran ini dalam program kesedaran terutama kepada penjaga pelajar-pelajar ini. Program ini bakal diadakan sebelum menjelang Radmadhan tahun ini.

Diharapkan dengan program cetusan kami ini dapat mengeluarkan kemelut yang melanda kebanyakan penduduk desa yang dipinggirkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Walau dicemuh atau dikata oleh tali barut BN ini, kami tetap menjalankan tugas seperti yang diamanahkan oleh Allah kepada setiap pimpinan masyarakat.

Salam Reformasi.
Category:
��
12:32 PM | Posted in
MENDIANG TEOH BEN HOCK yang meninggal di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Massalam minggu lalu menimbulkan kejelekan dan kemarahan meluap-luap rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN-UMNO.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin menyatakan isu ini dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat (PKR - PAS - DAP) bagi mengalih pandangan rakyat berkenaan dengan 7 ADUN DAP Selangor yang menyalahgunakan wang peruntukan. Sebagai TPM, tidakkah beliau simpati dengan kejadian ini atau kejadian ini dirancang ?

SPRM yang dilihat sebagai 'berat sebelah' dalam mengendalikan kes rasuah di Malaysia dilihat tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap doktor gigi yang sekarang Mantan Menteri Besar Selangor yang dilihat rakyat sebagai keterlaluan ? Mereka pun tahu yang dahulu, wang peruntukan kerajaan dibelanja dengan tidak beretika oleh ADUN-ADUN mereka dahulu. Kenapa baru sekarang isu ini ditimbulkan ?

Sedarlah wahai UMNO - BN yang rakyak tidak mahu dikau memerintah lagi. Gelombang kebangkitan rakyat dapat dilihat dalam setiap Pilihanraya Kecil yang BN-UMNO sentiasa kecundang walaupun pelbagai gula-gula politik ditaburkan.

Sekarang, mangsa BN-UMNO diperlakukan dengan kejam oleh kuda-kuda mereka. Jika difikirkan logik, bodoh sangat ke mendiang untuk terjun dari tingkap bangunan sedangkan beliau akan mendaftar perkahwinannya pada hari Sabtu lepas ? Kalau orang gila sekalipun gayat atau takut untuk terjun kecuali kalau orang bengang dengan boy friend atau girl friend sahaja yang buat perkara bodoh tersebut.

Jika benar beliau hendak terjun, bodoh atau baghal sangat ke pegawai penyiasat SPRM tersebut membiarkan sahaja sedangkan terdapat bukti-bukti sahih yang akan di bawa. Bangunan yang dikawal 24 jam pun tidak boleh pakai sekarang ni. SPRM, SPRM janganlah diperbodohkan rakyat Malaysia yang sudah cerdik pandai sekarang ini.

Sekian.









Category:
��
10:49 PM | Posted in
Untung juga jadi warga Patani dan Thailand ni erk? Boleh berniaga di gerai-gerai Majlis Perbandaran Klang (MPK). Yang ingin berniaga tidak diberikan gerai. Terpaksa menyewa atas tangan orang lain. Sewa bulanan dari RM150.00 dengan MPK menjadi RM1500.00 bila disewa melalui tangan orang lain.

Kalau ada takpe juga tetapi kena pula bersaing dengan warga Patani, Thailand, Indonesia dan macam-macam warga lagi. Mana perginya pegawai-pegawai penguatkuasa MPK kan? Kalau saman orang yang salah letak tempat kereta cukup punya ramai. Tapi di gerai-gerai penjaja di bawah MPK, diaorang pun boleh join makan. Siap boleh hutang lagi tu. Punya la hebat pegawai penguatkuasa MPK. Tahniah.. Teruskan ibadah kerja anda itu.

Dengar cerita pula tu, orang-orang UMNO ni punya angkara. Cukup popular dengan puak-puaknya. Dapat gerai, sewa pada orang lain. Dapat jawatan, susahkan orang lain.

Tapi sekiranya Ahli Majlis yang bakal dilantik dari PKR tidak lama lagi diharapkan agar apa yang dicanang menjadi kenyataan.

Syabas kepada MPK yang kurang cerdik dan tak berapa cerdik dalam buat keputusan.
Category:
��
10:32 PM | Posted in
PUSAT JUDI, SNOOKER atau apa sahaja yang sebaya dengannya tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Siapa yang harus dipersalah dalam hal sebegini?

Pihak berkuasa termasuk Pihak Berkuasa Tempatan 'tidur' atau sudah kena beli dengan tauke-tauke yang mudah mengaut keuntungan dengan mengambil hak orang lain secara berkhemah? Mereka tidak mencuri, mereka cuma memberi peluang kepada penjudi-penjudi ini untuk dapatkan duit dengan mudah.

Ahli Majlis, Pihak Berkuasa, Pegawai Penguatkuasa begitu kenyang sekarang. Dapat duit mudah. Tapi bagaimana kalau anak-anak mereka terjerumus dalam kancah perjudian ini hingga mengabaikan tanggungjawab mereka? Orang-orang ini tentu gembirakan?

Cuba kalian lihat di kawasan Klang ini. Klang Bersih dan Indah..

Harap pihak yang berwajib, pantau la premis-premis ini. Jangan dibiarkan. Nak berjudi juga? Pergi sahaja ke Genting Highlands. Barulah JANTAN..
Category:
��
10:26 PM | Posted in

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.

Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.

Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik

SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.

Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.

Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.

Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.

Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.

Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.

Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.

Sumber : Semangat Perjuangan Harapan Baru

Category:
��
10:17 PM | Posted in
Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Chua ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau menafikan akan menyertai PKR.

Dalam jawapannya, Chua menafikan berkata demikian tetapi sebaliknya berkata beliau telah disalahlapor.

Sumber : Malaysiakini

Category:
��
10:09 PM | Posted in
Kajian Satu kajian pendapat yang telah dijalankan oleh badan bebas - Merdeka Centre - mendapati sokongan tinggi rakyat Selangor terhadap pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kajian itu juga mendapati kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah mendapat penilaian tinggi dalam kajian tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor, kajian tersebut yang dijalankan dari 5 Jun hingga 15 Jun lalu, mendapati 60 peratus rakyat negeri itu merasakan kerajaan negeri berada dalam hala tuju yang betul.

Manakala 63 peratus puas hati dengan prestasi menteri besar dengan hanya 19 peratus tidak puas hati.

Seramai 64 peratus rakyat Selangor puas hati dengan prestasi kerajaan Pakatan Selangor selepas memenangi pilihanraya umum tahun lalu, manakala 22 peratus tidak puas hati.

Mengikut pecahan kumpulan etnik pula, kajian itu mendapati 59 peratus Malayu, 69 peratus Cina dan 69 peratus India puas hati.

Menurut kenyataan itu lagi, mengikut komen yang diperolehi, antara sebab mereka berpuas hati ialah kerana program kebajikan kerajaan, ketelusan dan pentadbiran yang cekap serta menolak amalan rasuah.

Dalam tempoh 100 hari pentadbiran, tambahnya, kerajaan negeri memperkenalkan agenda 'Merakyatkan Ekonomi Selangor', termasuklah beberapa program kebajikan seperti Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, 20 meter padu air percuma kepada rakyat, dana pendidikan anak pekerja ladang dan Hadiah Anak Masuk Iniversiti.

"Dalam urusan pentadbiran ekonomi negeri pula, 58 peratus berpuas hati di mana 13 peratus amat berkeyakinan manakala 45 peratus menyatakan yakin," katanya.

Menurut kenyataan tersebut, kerajaan negeri mendapatkan perkhidnmatan Merdeka Centre untuk menjalankan kajian berkenaan bagi menilai pandangan dan persepsi rakyat Selangor terhadap prestasi pentadbirannya.

"Kajian ini juga mengenal pasti beberapa bahagian yang perlu diperbaiki, termasuk sistem komunikasi, mewujudkan kesedaran tentang program yang telah dilancarkan, mengurangkan karenah birokrasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.

"Kerajaan Negeri amat beterimakasih di atas keyakinan yang diberikan oleh rakyat Selangor dan dan kepercayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kepimpinan negeri bagi meningkatkan lagi mutu pentadbiran yang berlandaskan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor", katanya.

Sumber : Malaysiakini

Category:
��
2:42 PM | Posted in
SEKRETARIAT DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N46 PELABUHAN KLANG dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri SELANGOR (UPENS) akan menganjurkan program Bengkel Usahawan Muda 2009.

Program ini dijadualkan pada 26 JULAI 2009 (AHAD) dengan menampilkan penceramah-penceramah serta pembentang kertas kerja yang berpengalaman dalam bidang PERTANIAN mahupun INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) yang akan mengutarakan peluang perniagaan dalam bidang yang berkaitan.

Sessi Pembentangan :
Sessi 1 : Peluang Perniagaan dan Cabaran Industri Pertanian dan IKS
Sessi 2 : Asas dan Perancangan Perniagaan

Ianya akan diadakan pada 26 JULAI 2009 (AHAD) bertempat di Dewan Auditorium, Kompleks Sukan Pandamaran bermula jam 8.30 pagi.

Kepada rakan-rakan yang ingin turut serta, sila hadirkan diri ke Dewan Auditorium, Kompleks Sukan Pandamaran pada hari tersebut atau hubungi EN. DAHLAN (019 - 288 0566) atau EN. RAMESH (019 - 396 6937). Anda juga boleh menghantar e-mail kepada kami di alamat email amk.pkrklang@gmail. com atau klik link ini untuk muat turun borang penyertaan.

Penyertaan adalah terhad.

Maklumat ini dibawakan khas oleh :
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Klang.

Category:
��
5:18 PM | Posted in
APA DAH JADI KHIR TOYO? Kenapa perkara sebegini terjadi? Malang sungguh BARISAN NASIONAL (BN) dalam Dewan Negeri Selangor. Bukan apa, kerana sikap ADUN yang terlalu kurang ajar dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa beliau adalah insan yang merosakkan masa depan rakyat Negeri Selangor.

Dah terbukti bersalah, tetap bersalah juga. Kenapa tidak datang semasa Pendengaran Awam yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan atau SELCAT?

Sedarlah wahai anak TOYO bahawa anda telah mempergunakan kedudukan anda sebagai Menteri Besar SELANGOR suatu ketika dahulu iaitu selama 8 tahun (2 penggal) pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional untuk mengaut kekayaan hasil Negeri Selangor. Cukuplah menipu rakyat dengan kata-kata manismu.

Rakan-rakan tidur sebantal pun dah naik muak tengok perangai anda yang kaki belit seterusnya membelit diri sendiri. Rakan anda yang berkempen dan menaikkan anda juga jelek dengan sikap tamak haloba yang anda lakukkan. Apa dah jadi dengan kawasan anda?

Petang tadi semasa sessi penggulungan sidang Dewan Negeri Selangor, ADUN Sungai Panjang tersebut telah digangtung selama 1 tahun berkuatkuasa serta merta kerana kegagalan beliau untuk hadir semasa pendengaran awam yang dijalankan oleh SELCAT. Sudah bersalah, mengaku salah sahaja.

DR. MOHAMMAD KHIR TOYO yang tidak puas hati dengan keputusan Dewan Negeri Selangor telah keluar dewan bersama-sama konco-konco yang suka buat kacau di dalam dewan. Ketidakpuashatian si anak Toyo ini menimbulkan hingar bingar di dalam Dewan Negeri Selangor. Ketidakcerdikan wakil rakyat dari Barisan Nasional ini terserlah di bawah pentadbir anak Toyo ini.

Sungguh malang DUN yang mendapat wakil macam suku sakat UMNO-BN ini. Jadi untuk keluar dari kepompong BN ini, sedarlah wahai rakyat Negeri Selangor... Tolaklah Barisan Nasional dalam setiap apa yang anda lakukan. Anda semua boleh hidup tanpa BN. Anda makan tanpa BN dan anda gembira bersama Pakatan Rakyat.

Tetapi di kawasan yang YB-YB yang kurang cerdik, bersabarlah kerana Allah akan membantu orang-orang yang sabar. YB-YB yang kurang cerdik ini bertulang belakangkan puak-puak UMNO untuk menjadi Musuh Dalam Selimut dan Gunting Dalam Lipatan Pakatan Rakyat.

Jadi sekiranya anda terjumpa mereka-mereka ini beserta bukti-bukti kukuh, sila kemukakan kepada kami. Sebab dalam Pakatan Rakyat orang ini tidak perlu untuk menjana ekonomi Negeri Selangor. Cukuplah anda sengsara dengan BN dahulu dan jangan ulangi kesengsaraan anda itu.

Sekadar ingatan untuk pembaca blog lantang ini. PKR sinonim dengan PERJUANGAN, KEBERANIAN, REFORMASI...

Sekian.
AMK Cabang Klang
Category:
��
2:40 PM | Posted in
TERIMA KASIH...
Itulah lafaz yang kami boleh berikan kepada YB Elizaberth Wong ke atas kesudian dan keprihatinan beliau dengan membalas e-mail yang kami hantarkan tadi. Terima kasih yang tidak terhingga kami lafazkan.

Di dalam e-mail beliau, beliau ada memohon semula senarai nama yang dihantar untuk diserahkan kepada YB Azmin Ali yang dilantik untuk gerak kerja perlantikan Ahli Majlis dari Parti KeADILan Rakyat (PKR).

Semoga keadilan yang dicanang kembali kepada yang hak.

Sekian.
AMK Cabang Klang.
Category:
��
1:55 PM | Posted in

Virus Influenza H1N1 atau Selesema Babi ini terjadi apabila berlakunya proses mutasi atau perkembangan ke atas dua struktur protein iaitu Hemagglutinin (H) dan Nueraminidase (N).

Virus ini hanya boleh merebak melalui manusia kepada manusia lain melalui peredaran udara seperti batuk dan melalui kulit dengan makan menggunakan tangan atau bekas makanan yang tercemar dengan virus H1N1 tersebut.

Sehingga hari ini, sejumlah 249 kes tempatan dan 555 kes import. Daripada 804 kes yang dilaporkan dan didedahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai, 696 kes atau 86% daripada mangsa telah sembuh sepenuhnya.

Terdapat beberapa kaedah untuk tujuan pencegahan virus ini daripada merebak. Sebagai Jawatankuasa AMK yang prihatin, kami merayu kepada anda semua untuk menepis bala yang dikenali sebagai wabak ini untuk kebaikan anda bersama.




Pesanan ini dibawakan khas oleh :
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Klang

Category:
��
12:49 PM | Posted in
Datuk Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo... semua orang tahu yang dikau telah dihalau keluar oleh Speaker Dewan Negeri SELANGOR, YB Teng Chang Kin. Jangan hina Dewan Negeri di mana dikau bernaung. Ingatlah kembali yang pentadbiran dikau dahulu buat YB Teng Chang Kim macam mana?

Itu baru sikit... pasal rumah RM 24 000 000.00 (banyak kosongnya tu...) kenapa nak nafikan? Ya kan saja. Hantar surat saman dekat perkarangan Dewan Negeri SELANGOR... kan dah menghina dewan.

Pembangkang tanpa fakta.. itulah Barisan Nasional (BN). Rakan-rakan perhatikanlah klip-klip di bawah untuk tatapan anda yang akan menjadi halua mata..








Saat-saat Dr. Mohammad Khir Toyo kena halau...









Rumah Dr. Mohammad Khir Toyo RM 24 juta?
Category:
��
12:24 PM | Posted in
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Klang membantah sekeras-kerasnya perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi sessi 2009/2010. Bantahan awal telah dibuat oleh Jawatankuasa AMK Cabang Klang yang diwakili oleh Ketua AMK Cabang Klang, Saudara IRWAN BIN ISMAIL kepada semua Exco-exco Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pemberian kerusi Ahli Majlis yang MENIDAKKAN HAK PKR Cabang Klang ini dilihat seperti berlaku satu Campur tangan GHAIB insan-insan yang berada di luar kawasan Klang. Jika sessi lepas PKR Cabang Klang hanya diwakili oleh seorang sahaja dan diletak jauh dari geopolitik PKR Cabang Klang.

Tahun ini menjadi tahun paling malang bagi PKR Cabang Klang kerana hak dinafikan oleh pihak tertentu. 3 nama yang dihantar mewakili kelompok PKR Cabang Klang, satu pun tidak sangkut seolah-olah PKR Klang tak tahu buat kerja.

AMK Cabang Klang telah mengambil usaha untuk membuat bantahan awal kepada pihak yang berwajib. Surat bantahan tersebut boleh dilihat atau muat turun melalui link di bawah.


Sedar-sedarlah wahai tangan-tangan ghaib yang mencampuri hak PKR Klang. Bukan semua yang dilantik boleh buat kerja kerana yang masih dilantik dah terlalu banyak buat onak di Klang.

Sekian.

Category:
��
8:33 PM | Posted in
Selamat Datang dan melayari laman blok ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) CABANG KLANG ini. Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang anda alami.

Pihak kami sedang menimbangkan berita-berita terkini yang berlaku di Daerah Klang ini untuk tatapan dan informasi anda.

Salam Ukhwah dan teman berteman dari saya.

SHAHRUL NIZAM BIN MUSA
Setiausaha
AMK Cabang Klang
EDITOR dan PENGARANG http://amk-pkrklang.blogspot.com
Category:
��
10:04 AM | Posted in
Category:
��
2:03 AM | Posted in
Ingin tahu isu hangat di Cabang Klang? BERSABAR ... KAMI AKAN KEMBALI
(Ruangan ini disediakan khas buat SKUAD MENGKARUNG 2-3 KERAT)

1.
Masalah kecil antara S/U AMK Cabang Klang dengan Pemangku Ketua Cabang Klang sebenarnya kerana S/U AMK Cabang Klang yang dilantik oleh Sekretariat DUN N46 - Pelabuhan Klang menjadi Pengerusi Majlis di Majlis Malam Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan Skim Mesra Usia Emas kepada nama-nama waris yang tercicir. S/U AMK Cabang Klang tidak menyebut nama Pemangku Ketua Cabang dalam kata-kata aluan. Jadi Pemangku Ketua Cabang berkecil hati. Sejak dari itu, pelbagai SMS yang diterima memburukkan S/U AMK Cabang Klang.

Di antara SMS yang diterima :-

i. Daripada orang dalam Cabang Klang yang rapat dengan Pemangku Ketua Cabang
''Salam, segala progrem anjuran amk diterajui oleh Irwan diboikut, diistiharkan perang terhadap amk."
Diterima : 27.07.2009 jam 1.07am

ii. SMS daripada Ketua AMK Ranting Kampung Pendamar
"Salam.. Sy mohd zaki bin samsudin ketua amk jdm kg pendamar, tidak berminat dgn perang yg di isytiharkn oleh amk klang.. Kerana ia tidak releven dgn permikiran yg diamalkan politik parti keadilan rakyat.. Sy dan amk kg pendamar tidak berminat dgn perisytiharaan perang amk klang.. "
Diterima : 28.07.2009 jam 8.33pm

iii. SMS daripada Taman Suria Idaman
"jgn perKUDAkan kami amk.. klau ada masalah.. selesaikn cara baik.. jgn rosakkn nama ketua amk.. kamu hnya s/u amk aje.. ingat siaoa diri anda.. taman surya idaman"

iv. SMS daripada Pandamaran Indah 1
"Salam..Sy ketua amk pandamaran indah 1,sy merasakn tidak adil jika saudara nizam mpergunakn kuasa sebagai s/u amk untuk isytiharkan perang terhadap bahagian klang..Tindakan saudara itu umpama api yg mmusnahkn kami..Jgn pergunakn kami sebagai alat kemarahan saudara itu.."
Diterima : 28.07.2009 jam 9.13pm

v. SMS daripada Taman Kem
"Salam, tindakan dan perbuatan s/u amk klang telah memalukn kami sbagai ahli2 amk dibhagian klang.. Ego n sombong boleh rosakkn kami amk di jdm.. Jgn pergunakn kami.. Perkuatkn parti dan jentera untuk pru13 bkn brsengketa, amk taman kem"
Diterima : 28.07.2009 jam 9.21pm

vi. SMS daripada Ranting Pelabuhan Klang
"Saya abdul hameed , ketua AMK ranting Pelabuhan Klang ingin memaklumkan bahawa tidak bersetuju dengan tindakan Setiausaha AMK Klang mengisytiharkan perang terhadap Bahagian Klang tanpa runding dan tanpa persetujuan Ketua-ketua AMK Ranting Perisytiharan Setiausaha AMK KLANG ini berunsur peribadi dan adalah penyalahgunaan kuasa yang serius untuk diambil tindakan. HARAP AJK TERTINGGI AMK KLANG DAN BHG KLG MENGAMBIL SERIUS PENYALAHGUNAAN KUASA INI."
Diterima : 29.07.2009 jam 12.57am

vii. SMS daripada Ahli AMK Cabang Klang
"Salam.. Saya ahli amk, sy rasa amat sedih krn amk klang tidak memikirkn masa depan amk sendiri.. Malah isytiharkan perang.. Kami rasa dipergunakan.. Apa kah masa depan kami dibela?? Sengketa antara amk n bahagian buat kami rasa untuk kuar parti.. Tidak releven lg,"
Diterima : 28.07.2009 jam 9.22pm

Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan sebarang SMS atau kenyataan untuk isytihar perang dengan cabang atau bahagian.

Berkenaan dengan blog, sila lihat tarikh dan masa publish atau paparan. Bila? Cerita itu sebenarnya berlaku di kampung saya di Teluk Intan semasa dan sewaktu saya memegang jawatan Biro Pendidikan Pemuda UMNO Cawangan Changkat Jong pada tahun 2002, 7 tahun lepas yang menyebabkan saya keluar parti dan melepaskan semua jawatan.

Sikap Ketua Cawangan waktu itu En. Baharom bersama Ketua Pemuda UMNO dan juga wakil dari ADUN Changkat Jong, YB Dato' Ir. Hj. Onn bin Hamzah. Waktu program penyampaian sumbangan Hari Raya.

Kenapa perkara ini berlaku?

Fikirkan sendiri seperti kisah USAHAWAN CILI semasa BENGKEL USAHAWAN MUDA 2009.

Sekian.
NIZAM
S/U AMK Cabang Klang (Digantung TUGAS bermula 29.07.2009 jam 2.37pm)
Category:
��