9:56 AM | Posted in
BUTA HURUF di Telok Gong, Pelabuhan Klang seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian semalam menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat setempat termasuk 'orang luar' kerana Malaysia yang kini serba moden dari segi pendidikan dan bentuk pembelajaran tetapi masih terdapat golongan yang buta huruf.

Perkara ini telah lama berlaku sebenarnya tetapi untung apabila Pakatan Rakyat memerintah. Kampung yang sebelum ini kurang terkenal, sekarang menjadi buah mulut musuh politik Pakatan Rakyat (PR) iaitu Barisan Nasional (BN). Apakan tidaknya, mereka boleh tersenyum kerana kebodohan dan kelalaian mereka sendiri diperbesarkan di dada akhbar.

Perkara ini sebenarnya telah dan sedang diusahakan oleh kami Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Klang dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Telok Gong untuk mencari jalan keluar dari kemelut ini.

Apakah yang sebenarnya berlaku di dalam situasi ini adalah disebabkan oleh ibu bapa penjaga kepada pelajar tersebut serta sikap Yang Di-pertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau PIBG yang berfikiran "kenyang perut sendiri" sahaja kerana pelbagai cara yang diambil sebelum ini untuk anak-anak penduduk sendiri dikekang oleh YDP yang tidak bertanggungjawab ini. Dek kerana projek pembangunan sekolah tidak diberikan kepada beliau, habis Guru Besar ditendang atau diugut. Beginilah sikap pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.

AMK Cabang Klang dengan kerjasama JKKK Telok Gong akan menyahut cabaran ini dalam program kesedaran terutama kepada penjaga pelajar-pelajar ini. Program ini bakal diadakan sebelum menjelang Radmadhan tahun ini.

Diharapkan dengan program cetusan kami ini dapat mengeluarkan kemelut yang melanda kebanyakan penduduk desa yang dipinggirkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Walau dicemuh atau dikata oleh tali barut BN ini, kami tetap menjalankan tugas seperti yang diamanahkan oleh Allah kepada setiap pimpinan masyarakat.

Salam Reformasi.
Category:
��

Comments