8:58 PM | Posted in
MASALAH PENDUDUK YANG MENGUNDI DI PELABUHAN KLANG, persoalannya terungkaikah masalah mereka itu dengan perlantikan Ketua AMK Cabang Klang, Irwan bin Ismail sebagai Penyelaras DUN N46 - Pelabuhan Klang setelah Kerajaan Negeri mengambil alih peruntukan DUN N46 dari YB Badrul Hisham bin Abdullah kepada Pejabat Menteri Besar ?

Selama ini sebenarnya masalah penduduk Pelabuhan Klang tidak sampai kepada Jabatan-jabatan Kerajaan yang berkenaan disebabkan keengganan yang sepatutnya untuk hadir memberitahu masalah tersebut. Buat pertama kalinya masalah penduduk DUN Pelabuhan Klang sampai ke pengetahuan Jawatankuasa Teknikal Daerah Klang yang dibawa oleh Saudara Irwan bin Ismail.

Sebanyak 7 isu yang sepatutnya diselesaikan oleh Kerajaan untuk kepentingan penduduk setempat. Di antara isu yang dibawa ialah isu pendidikan yang mana di Pelabuhan Klang terutama di kawasan Kg. Pendamar, Telok Gong, Taman Pendamar Indah dan Taman Telok Gedong Indah memerlukan sebuah Sekolah Menengah yang mana tapak sekolah menengah tersebut telah diambil oleh mantan ADUN N46 yang terdahulu. Dah jadi arwah pun...

Selain itu, isu tanah yang tidak selesai di Telok Gong. Isu ini telah dimajukan kepada YAB Dato' Menteri Besar semasa majlis makan malam meraikan kemenangan rakyat di Telok Gong sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Akan tetapi tindakan susulan tidak dibuat.

Isu-isu kemasyarakatan dan kebajikan penduduk turut diutarakan semasa mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Daerah Klang pada Khamis lepas. Beginikah yang kita perlukan di dalam membantu penduduk ? AMK Cabang Klang mempunyai suara untuk membantu penduduk sekitar dan kami tidak akan biarkan orang lain mengganggu gugat kami walaupun ianya menggunakan lambang yang sama sekalipun.

AMK Cabang Klang akan membersihkan setiap kesan najis yang ditinggalkan agar percambahan hubungan baru dapat diwarnakan dengan kaedah yang lebih tersusun. Sokongan penduduk terhadap PKR Cabang Klang sudah mula bergerak dan tidak mustahil segala onak sebelum ini dapat ditempuhi oleh PKR Cabang Klang.

Tetapi AWAS, UMNO - BN bahawa anda tidak mudah mengambil N46 kembali kerana hampir 400 dan lebih undi anda akan bersama kami. Ini baru satu setelah perubahan drastik yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan AMK Cabang Klang akan cuba menarik lagi sokongan dari parti anda. AMK tidak gentar dan resah dengan apa yang berlaku.

Sekian.
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Klang.
Category:
��

Comments