Speaker Teng Chang Khim berkata beliau kini meletakkan kerusi Badrul di satu ruang yang hampir dengan blok BN kerana Badrul telah menyatakan sokongan kepada parti itu.
Teng menjelaskan, Badrul perlu menghantar notis rasmi kepadanya untuk dilayakkan sebagai wakil rakyat bebas di DUN berkenaan.
"Beliau kini berada di pulaunya sendiri. Anda boleh lihat dia kini berada (di kedudukan) terasing. Tidak ada tempat lain lagi untuk letakkan dia, jadi saya letak dia di situ.
"Ianya lebih dekat dengan pembangkang sebab dia kata dia sokong pembangkang. Tapi dia perlu dijarakkan daripada pembangkang sebab dia bukan daripada pembangkang," tambahnya.
Teng telah menulis kepada Badrul untuk mengesahkan kedudukannya, susulan daripada kenyataan terbuka ADUN Pelabuhan Klang itu untuk menjadi wakil Bebas tetapi setakat ini masih belum mendapat jawapan.
"Kita telah menulis kepadanya, tapi dia belum membalas dan ini sangat tidak patut. Kita telah minta dia sahkan tetapi dia tidak sahkan, jadi pagi ini saya letakkan dia di situ dan dia tidak membantah," katanya.
Ikut cara politik
Menurut Teng lagi, beliau juga tidak mempunyai kuasa untuk memecat Badrul sebagai wakil rakyat, melainkan membiarkan ia dilakukan secara politik.
"Semuanya secara politik. Menurut undang-undang saya tidak boleh paksa Badrul meletak jawatan sebagai wakil rakyat, tetapi tentullah ada cara politik," katanya semasa sidang dewan berhenti rehat tengahari ini.
"Jika mereka hendak paksa, ianya secara demonstrasi. Jika mereka ada memorandum, mereka boleh datang dan berikan kepada (Badrul). Kalau tak boleh hubungi dia, boleh hantar melalui pejabatnya," katanya lagi.
"Dia tidak ada buat apa-apa kesalahan. Dia tak ada lakukan apa-apa yang melanggar perlembagaan, jadi tidak ada apa yang saya boleh lakukan," kata Teng lagi.
Dalam pada itu, Teng turut mengecam tindakan sebilangan penyokong Pakatan Rakyat hari ini yang menyinggung perasaannya dengan bertindak menghantar memorandum bantahan untuk ADUN Pelabuhan Klang melalui pejabatnya.
Kira-kira 30 penyokong Pakatan mengadakan demonstrasi di perkarangan DUN berkenaan pagi ini bagi mendesak Badrul meletak jawatan sebagai wakil rakyat.
Teng berkata beliau ada mengarahkan seorang petugasnya untuk menerima memorandum tersebut kerana menganggap dokumen tersebut ditujukan kepadanya.
Menyalahi protokol
"Untuk meredakan ketegangan, saya beri arahan untuk terima memorandum tersebut, tetapi apabila saya baca, saya dapati ianya adalah untuk wakil daripada pejabat saya untuk serahkan kepada Badrul, saya rasa tersinggung," katanya.
Jelasnya, tindakan itu juga menyalahi protokol dan sesuatu yang tidak sopan kerana pejabat speaker tidak boleh dianggap sebagai "pejabat pos" apabila diperlakukan sebegitu.
"Bila Badrul enggan jumpa mereka, (ADUN Seri Setia yang juga setiausaha politik menteri besar (Nik Nazmi Nik Ahmad) menawarkan diri untuk terima memeroandum itu dan serahkan kepada Badrul, tapi mereka enggan.
"Mereka bertegas supaya wakil daripada pejabat speaker datang jumpa mereka dan serahkan memorandum kepada Badrul.
"Pejabat speaker bukanlah sebuah pejabat pos. Speaker bukan seorang posmen dan saya rasa ini menyalahi protokol dan sangat tidak sopan," katanya lagi.
Sumber
Malaysiakini.com
Di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mula bersidang hari ini, Badrul Hisham kelihatan duduk di belakang ADUN Barisan Nasional (BN).
Kumpulan tersebut berhimpun kira-kira setengah jam sejak jam 9.45 pagi ini untuk menyerahkan memorandum dan surat kepada Badrul Hisham.
Bagaimanapun, kerana tidak dapat menemui Badrul Hisham yang
sedang berada dalam Dewan, maka mereka menyerahkannya kepada seorang pembantu khas speaker DUN Heng Yong Seng.
Mereka yang berhimpun secara aman, melaungkan slogan antara lain "Badrul tak tahu malu," dan "Badrul letak jawatan," dan "Badrul sila keluar."
Ketua AMK PKR Selangor, Khairul Anwar berkata Badrul Hisham, yang didakwanya berpaling tadah kepada Umno bulan lalu, perlu meletak jawatan segera supaya pilihan raya baru dapat diadakan.
Katanya, Badrul perlu meletak jawatan kerana mendakwa tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat sejak dipilih dalam pilihan raya umum 2008.
Bercakap kepada media selepas menyerahkan memorandum tersebut, Khairul berkata ADUN Pelabuhan Klang itu juga telah beberapa kali tidak hadir sidang DUN.
Tambahnya, Badrul juga didapati tidak menghadiri mana-mana program anjuran PKR, manakala peruntukan untuk DUN tersebut juga didakwa "telah dihabiskan dengan cara meragukan."
Ditanya ketika sidang media ringkas selepas itu, Khairul berkata AMK Selangor akan terus mengadakan siri bantahan dan demonstrasi sekiranya Badrul tetap enggan meletak jawatan sebagai wakil rakyat.
Beliau yang kali terakhir bertemu Badrul kira-kira enam bulan lalu, berkata AMK "tidak akan berkompromi lagi" dengan Badrul.
Katanya, pergerakan tersebut bersama pemimpin-pemimpin tertinggi parti cuba "membantu" wakil rakyat tersebut selama ini, namun gagal.
Dalam surat yang dihantar kepada Badrul pula, Khairul berkata prestasi perkhidmatan wakil rakyat tersebut terus mengecewakan, walau telah diberi peluang memperbaiki keadaan.
"Sewajarnya di atas kegagalan saudara ini maka adalah perlu klerusi DUN Pelabuhan Klang dikosongkan segera untuk memberi laluan kepada wakil rakyat yang baru," katanya.
Sementara itu, Badrul Hisham dilhat beredar dari DUN pada kira-kira jam 12 tengahari.
ADUN Pelabuhan Klang itu juga enggan menjawab soalan pemberita, kecuali menjawab 'sebab keluar parti sudah cakap, tak payah ulas lagi'.
Sumber :
Malaysiakini.com
Tarikh : 26 Disember 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00pagi
Tempat : Ole-ole Superbowl @ Ole-ole Shopping Centre, Seksyen 18, Shah Alam
Yuran Penyertaan : RM 160.00 sepasukan (4 orang sepasukan)
Kategori Dipertandingkan :
1. Kategori Berkumpulan
2. Kategori Perseorangan
3. High Game Lelaki/Perempuan
4. Raja/Ratu Longkang
Hadiah Keseluruhan bernilai RM 7000.00 untuk direbut termasuk Hadiah Cabutan Bertuah berupa sebuah telefon bimbit selain daripada hamper dan hadiah iringan.
Kepada yang berminat, sila hubungi pihak penganjur seperti di bawah :
1. Dahlan (019 - 288 0566)
2. Junidi (012 - 215 6659)
3. Jafjarli (019 - 399 3202)
4. Nizam (012 - 546 6224)
atau e-mail kepada : amk.pkrklang@gmail.com, pamklang@gmail.com atau
download (muat turun borang penyertaan di bawah)
1. Poster/Flyers
2. Borang Penyertaan
3. Peraturan dan Syarat Penyertaan
Sekian.
AMK Cabang Klang semua bersekolah sebab dikalangan mereka ada yang menjawat jawatan sebagai Pengurus, Penolong Pengurus, Eksekutif dan yang paling cikai atau teruk pun bekerja dengan syarikat swasta dengan gaji RM 2000.00 dan bukan macam Ketua AMK Ranting Kampung Pendamar (Belagak jadi ketua selepas mendesak ketua sebelum ini meletak jawatan) yang makan gaji buta dan menipu orang ramai setiap malam selama 3 tahun yang akan datang ini.
Untuk menambaikkan AMK Cabang Klang, beliau (yang pura-pura atau mempertahankan diri bahawa dia bukan penulis blog tazmania-klang.blogspot.com yang kurang ajar tersebut) sepatutnya datang bersama dengan AJK AMK untuk memberi pendapat dan bukannya memburukkan anak bini orang serta ibu ahli AMK Klang. Beginikah sikap seorang ketua dalam membawa golongan tadbirnya ke mercu yang dibanggakan?
Cukup-cukup la untuk menyedapkan diri sendiri dengan bekerjasama bersama AMK Ranting-ranting lain. Takut nanti malu diri dan tidak keluar rumah. Seburuk-buruk 6-Jahanam dalam AMK Klang, masih tahu lagi batas agama. Buktikan pada kami 6 kerat ini yang AMK Ranting Kampung Pendamar mempunyai ramai orang untuk melawan jawatan Ketua AMK Cabang Klang yang sedia ada sekarang.
Jumpa dengan TOK MOH untuk membantu AMK Ranting dengan menghembuskan asap rokok suria original dari Indonesia dan mangga muda sambil minum Redbull. Kami bukan hendak cari gaduh dengan AMK Ranting Kampung Pendamar tetapi kalau berani, jumpa la kami di Ubis Cafe untuk bersemuka.
Ramai AJK AMK Cabang Klang yang dah muak dan meluat melihat sikap gila jawatan yang dibawa dan perangai kebudak-budakan. Jangan menafikan sesuatu yang anda pasti anda yang melakukan kerana komputer, walau macam mana hendak ditipu, akhirnya terbongkar juga. Dengar cerita ada Diploma Komputer dari INSPEN.. opppsss.... UiTM.... opppssss... INSPEN... mana satu tempat pengajian pun dah lupa.
Apa yang pasti, AMK Cabang Klang bukan budak-budak yang masih duduk bawah ketiak ibu. Sila telefon kami sekiranya berhajat untuk berjumpa. Lagi satu, AMK Cabang Klang bukan bodoh untuk menilai mantan Setiausaha AMK Cabang Klang. Disebabkan tahu peranan Setiausaha beliau melepaskan jawatan untuk mengelak dari kisah tok ketua yang kurang cerdik berpanjangan. Untuk makluman, ibu ahli AMK Cabang Klang tu sudah sihat dan sembuh dengan berkat doa dan pengorbanan seorang anak yang berulang alik dari Klang ke Serdang setiap malam selama 3 bulan. Jangan jadi bodoh kerana syurga seorang anak lelaki terletak di bawah telapak kaki ibu.
Artikel Sumbangan
Anak Mithali Klang (Skuad Mengkarung Anak Muda Klang)
Bagi Angkatan Muda KeADILan (AMK) Cabang Klang dengan jelas menyatakan pendirian yang kami tidak mahu campur berkenaan dengan kemelut yang berlaku di Cabang Klang kerana AMK Cabang Klang seharusnya bertindak pro-aktif untuk menambahkan sokongan akar umbi terhadap Pakatan Rakyat di Selangor ini. Biar siapa pun yang menerajui Cabang Klang selepas ini, AMK Cabang Klang tetap bersatu hati kerana AMK Cabang adalah sayap parti dan bukannya sebagai pemikir yang cuba memporak perandakan Cabang Klang.
Sikap sesetengah pihak yang menjadikan AMK Cabang Klang ini sebagai 'Kambing Hitam' amat dikesali dan sungguh tidak beretika kepimpinan kerana AMK Cabang Klang yang hadir pada demonstrasi di Pelabuhan Klang tempoh hari sebagai tanda sokongan terhadap perletakkan jawatan YB Badrul sebagai ADUN di Pelabuhan Klang.
AMK Cabang Klang sekali lagi diheret untuk dikambing hitamkan dengan menyatakan AMK Cabang tidak faham dengan struktur penyelaras DUN. Bukan tidak faham tetapi orang yang mengeluarkan kenyataan itu sepatutnya meneliti terlebih dahulu fakta dan kenyataan sebelum memberi sebarang komen atau pandangan.
Harus diingatkan bahawa lantikan AMK Cabang Klang adalah dibuat dengan sah dan segala nama-nama Ahli Jawatankuasa sedia ada sekarang telah dimaklumkan seterusnya disahkan diperingkat Pimpinan Negeri dan Pimpinan Pusat. Jadi kewajaran untuk mengheret AMK Cabang Klang di dalam kancah permasalahan ini adalah dilihat sebagai sia-sia sahaja.
AMK Cabang Klang akan terus dengan program pembangunan AMK Cabang Klang untuk menarik sokongan Anak Muda di Klang. Antara program yang akan dan bakal dilangsungkan adalah seperti :
1. Perlawanan Persahabatan FUTSAL pada Ahad, 08 November 2009
2. Pertandingan Bowling Terbuka Anak Muda Klang pada 26 Disember 2009
3. Diskusi Santai Anak Muda Klang
4. Program Pemantapan Rohani
5. Pertandingan Futsal Lelaki dan Wanita Anak Muda Klang
6. Jejak Warisan Klang
7. Karnival Sukan Kampung
8. Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah
9. Pertandingan Badminton Piala Angkatan Muda
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi AMK Cabang Klang melalui e-mail : amk.pkrklang@gmail.com
Sekian.
Angkatan Muda KeADILan (AMK) Cabang Klang
Kedudukan Angkatan Muda KeADILan (AMK) Cabang Klang masih boleh dikatakan selamat lagi kerana kumpulan kedua Cabang Klang dikatakan tidak akan mengganggu gugat kedudukan AMK Cabang Klang sebagai sayap kanan parti yang mempunyai kekuatan sendiri dan ini diperakui oleh mereka sendiri. Apa yang dilihat, AMK sedia ada merupakan jawatankuasa yang sah dari segi perlembagaan parti selepas penjenamaan semula AMK.
Buat masa ini semua aktiviti bagi menyalurkan maklumat dan memperkukuhkan sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat akan dilakukan oleh AMK yang diketuai oleh Irwan bin Ismail selaku Penyelaras DUN, Ahli Majlis MPK Sessi 2009/2010 dan Ketua AMK Cabang Klang beserta Ahli Jawatankuasa AMK yang sedia ada.
Kancah perlanggaran dan juga kekalutan dalam Cabang Klang ini bukan berpunca dari AMK dan tiada pihak yang cuba mengheret AMK Cabang Klang dalam isu ini.
Sekian.
Skuad Mengkarung Angkatan Muda KeADILan Klang
Pada pagi hari yang sama saya mengeluarkan kenyataan media menyatakan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim berhasrat memaklumkan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan untuk meminta Badrul letak jawatan.
Di dalam Dewan Negeri Selangor kerusi saya di antara Badrul dan YB Haniza Talha, Timbalan Speaker Dewan merangkap ADUN Taman Medan. Namun beliau langsung tidak pernah berucap di dalam Dewan, sekadar bertanya soalan.
Ketika awal-awal timbul rungutan orang ramai dan akar umbi Keadilan terhadap prestasi Badrul saya bertemu dengan beliau. Malah, saya mengaturkan pertemuan beliau dengan Tan Sri Khalid. Dalam setiap pertemuan beliau meluahkan masalahnya dengan pimpinan cabang Klang dan berjanji memperbaiki prestasi beliau.
Awal tahun ini apabila cerita beliau hendak lompat parti mula tersebar, saya menghubunginya. Selepas mendapat penjelasan beliau, kami mengadakan sidang media bersama YB Azmin Ali dan YB Amirudin Shari menafikan kisah tersebut.
Namun rungutan orang ramai terhadap beliau semakin berterusan. Saya memanggil beliau untuk datang berjumpa Menteri Besar. Beliau bersetuju. Apabila tiba hari yang dijanjikan, beliau tidak hadir sebaliknya menghantar pembantunya sebagai wakil.
Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terpaksa memanggil beliau suatu petang bersama-sama saya bagi meyakinkan beliau untuk memberi kerjasama penuh dengan saya dan Menteri Besar.
Apabila Badrul tidak mengubah sikap, masih sukar berbincang dan ramai merungut tentang pengurusan peruntukan beliau, maka saya mengunjung beliau bersama pimpinan Keadilan Cabang Klang pada 14 Mei 2009 bagi memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri bercadang memberikan saya tanggungjawab menguruskan peruntukan DUN beliau. Lawatan saya ke rumah beliau dibuat secara mengejut agar beliau tidak boleh mengelakkan daripada bertemu saya.
Pada pertemuan tersebut yang mana turut dihadiri isteri dan pembantu-pembantu Badrul, beliau bersetuju dengan perubahan tersebut. Saya sendiri memaklumkan saya akan menyokong sebarang aktiviti yang Badrul anjurkan sekiranya dibuat permohonan lengkap.
Namun sejak hari itu beliau sukar dihubungi. Saya tidak pernah berjaya menelefonnya secara langsung – mengalahkan Datuk Seri Anwar mahupun Tan Sri Khalid dalam ‘kesibukannya’! Pada sidang DUN yang lalu beliau tidak hadir, dan mula-mula menghantar surat memaklumkan keuzuran yang ditandatangani oleh pembantu beliau. Apabila saya memaklumkan YB Tuan Speaker tidak boleh menerima surat begitu, barulah Badrul menghantar surat yang ditandatanganinya sendiri.
Penduduk Pelabuhan Klang merungut tidak menerima bayaran Skim Mesra Usia Emas, sehingga Kerajaan Negeri memindahkan pengurusan skim tersebut di bawah saya demi kebajikan rakyat. Bukanlah saya teringin sangat hendak mengambil alih pengurusan DUN nya, memandangkan saya pun banyak tanggungjawab lain termasuk DUN saya sendiri. Malah YB Ronnie juga terpaksa ‘menyerbu’ rumahnya kerana YB Ronnie yang merupakan ADUN Pandamaran yang berjiran dengan Pelabuhan Klang terlalu kerap menerima rungutan orang ramai tentang Skim Mesra Usia Emas di sana.
Beliau juga tidak memulangkan deposit pilihan raya sebanyak RM8000 yang didahulukan oleh Keadilan pada penamaan calon hingga hari ini.
Seorang demi seorang pembantu beliau meninggalkannya. Ramai datang bertemu saya merungut kebajikan mereka tidak terjaga.
Selepas peristiwa itu, YB Azmin dan saya merancang membuat lawatan mengejut lagi ke rumahnya. Tetapi apabila berita tersebut dihidu Badrul, beliau meninggalkan rumahnya dan berpesan kepada seorang anggota Keadilan Klang agar saya dan YB Azmin membuat temujanji sekiranya hendak bertemu. Bagaimana nak buat temujanji kalau tak boleh dihubungi?
Bagi setiap program yang mana saya dijemput selaku Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, saya minta Badrul dimaklumkan. Namun beliau tidak pernah hadir. Dalam satu program penyampaian zakat di Masjid di Pelabuhan Klang yang beliau maklumkan akan hadir, yang tiba cumalah pembantunya dengan teks ucapan beliau di penghujung program.
Beliau tidak lagi hadir program orang ramai, sebaliknya menghilangkan dirinya entah ke mana. Pusat Khidmat Rakyatnya juga akhirnya tutup, sedangkan beliau terus mendapat elaun pejabat dan dua pembantunya terus dibayar Kerajaan Negeri.
Saya ada menerima surat tentang tuntutan beberapa bayaran dari Badrul. Saya menghantar pesanan agar kami dapat bertemu untuk saya mengesahkan permohonan tersebut. Tetapi tiada jawapan.
Sehingga ke minggu lepas, pintu rundingan masih dibuka. Berkali-kali Tan Sri Khalid memaklumkan pada saya keinginannya untuk bertemu Badrul, namun setiap pesanan yang saya hantar tidak mendapat sebarang jawapan.
Kenyataan Tan Sri Khalid dibuat memandangkan sudah tiada pilihan lain.
Justeru, saya sedikit lucu dengan kenyataan Badrul apabila mengumumkan keluar dari Keadilan – menjadi seorang lagi YB ‘Bebas menyokong BN’ – beliau menyatakan beliau hilang keyakinan terhadap Keadilan. Mengapa selepas Tan Sri Khalid minta beliau letak jawatan baru beliau hendak keluar menghadap orang ramai dan umumkan beliau keluar dari parti? Pelbagai perkara yang sudah lama berlaku disebut, tetapi hanya sekarang beliau berani bersuara?
Hakikatnya, rakyat sudah lama hilang keyakinan kepada beliau .
AMK Selangor amat menghargai ketegasan Dato’ Menteri Besar Selangor,Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dalam isu YB Badrul Hisham di mana ADUN Pelabuhan Klang ini telah gagal menjalankan amanah rakyat yang diberi dan pelbagai masalah dan kerenah yang ditimbulkannya. Tindakan dan ketegasan Menteri Besar Selangor ini jelas mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat adalah amat penting dan terutama daripada kepentingan politik semata-mata.
AMK Selangor membuat desakan kuat ini agar ADUN Pelabuhan Klang yang menang dalam Pilihanraya Umum ke-12 menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat apabila mengistiharkan dirinya keluar daripada PKR perlu melepaskan jawatan ADUN tersebut segera. Tindakan beliau tidak melepaskan jawatan ADUN tersebut dan menyokong pembangkang Barisan Nasional di Selangor seolah-olah beliau sudah tidak mempunyai harga dan maruah yang tinggi lagi.
AMK Selangor merasakan tindakan beliau semasa mengistiharkan keluar daripada PKR dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas dengan menyerang kepimpinan tinggi PKR dan kerajaan Selangor, jelas membuktikan agenda perancangan busuk dan keji pihak tertentu untuk menjejaskan keutuhan dan kekuatan Pakatan Rakyat di Selangor. Malahan tindakan beliau seperti ‘kacang lupakan kulit’ yang sebelum ini memenangi jawatan ADUN Pelabuhan Klang menggunakan platform Parti Keadilan Rakyat.
Rakyat keseluruhannya dan pengundi di DUN Pelabuhan Klang sendiri sudah mengetahui segala-galanya berkenaan kegagalan total YB Badrul Hisham dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberi rakyat sejak sekian lama. Malahan kepimpinan parti dan juga negeri sudah beberapa kali memberikan teguran dan nasihat agar melaksanakan tugas dengan baik namun beliau sehingga kini gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat seperti yang diharap-harapkan.
AMK Selangor berpandangan pemimpin yang mendatangkan terlalu banyak bermasalah,karenah dan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan pengundi dalam melaksanakan tugas dan amanah perlu dihumban jauh-jauh daripada menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan. Dengan keluarnya YB Badrul Hisham daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuktikan bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan dan mutu kerja yang cemerlang,bertanggungjawab dan bersih. Tindakan beliau keluar dan menyokong UMNO/BN membuktikan dan menjelaskan lagi itulah wadah politik yang amat sesuai dengan imej kini UMNO/BN yang penuh dan terpalit dengan pelbagai skandal,penyelewengan,rasuah dan jenayah politik.
AMK Selangor yakin bahawa imej positif Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat mendadak pada pandangan rakyat yang berharap pemimpin yang menerajui Selangor adalah kalangan yang bersih,bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan penuh berhemah dan komitmen. Isu ini juga sebenarnya memberikan gambaran bahawa menjelang PRU-13 ini,Pakatan Rakyat akan diwakili oleh pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mempunyai rasa amanah dan integriti yang amat tinggi kepada rakyat untuk memimpin arus perubahan besar negara kelak.
AMK Selangor berpandangan pemimpin yang berhak memimpin perubahan perlu mempunyai jatidiri,integriti dan komitmen yang kuat untuk memimpin rakyat dan perubahan. Pemimpin yang lemah,rasuah,mempunyai pelbagai masalah serta kerenah, tidak mempunyai jatidiri dan perjuangan yang kuat sepatutnya tidak layak untuk bersama-sama dengan arus perjuangan rakyat semuanya.
AMK Selangor melihat pelbagai ‘kemelut politik kecil’ yang disensasikan oleh media yang melanda khususnya Parti Keadilan Rakyat akan mematangkan lagi proses pengalaman politik PKR yang baru berusia 10 tahun. Sebuah parti yang langsung tidak diberi harapan langsung dalam PRU-12 tetapi membuat kejutan dan tsunami politik besar bersama-sama rakan Pakatan Rakyat daripada PAS dan DAP atas semangat dan kesedaran memuncak rakyat.
AMK Selangor berharap agar rakyat terus memberikan keyakinan dan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk terus memimpin dan membawa perubahan. Kejayaan parti baru seperti Democratic Parti of Japan (DPJ) yang menumbangkan seteru kuat politik daripada Liberal Democratic Parti (LDP) yang memerintah selama 50 tahun di Jepun membakar semangat dan iltizam baru seluruh rakyat dan pendukung Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya dalam PRU-13 ini.
AMK Selangor menaruh harapan yang amat tinggi bahawa semangat dan dokongan rakyat di Selangor akan terus meningkat kerana terbukti kini bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan individu pemimpin yang mampu menjalankan tugas, amanah, mempunyai integriti dan jatidiri unggul untuk memimpin arus perubahan dan kepimpinan negeri.
Ini jelas berbeza dengan dasar pemilihan kepimpinan UMNO/BN yang akan terus mendambakan pemimpin yang rasuah, menyeleweng kuasa dan penuh dengan pelbagai skandal keji dan jijik. Memang layak YB Badrul Hisham untuk menghuni parti seperti ini yang hanya menunggu masa sahaja untuk karam dan pupus daripada kamus politik negara.
Akhirnya,AMK Selangor mengulangi pendirian tegas mencabar YB Badrul Hisham jika masih mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi untuk segera melepaskan jawatan ADUN Pelabuhan Klang dan bertanding semula atas tiket sendiri dalam pilihanraya kecil yang diadakan kelak.
Maklumat ini juga ada menyatakan bahawa Pejabat Penyelaras DUN N46 Pelabuhan Klang telah ditukar kepada Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat DUN Pelabuhan Klang. Dan yang lebih malang berlaku apabila pegawai yang perlu dihubungi bukan pegawai yang dilantik oleh YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad selaku ADUN Angkat Pelabuhan Klang setelah diperkenankan oleh YAB Dato' Menteri Besar tetapi orang lain sehinggakan tiada nama beliau dipaparkan.
Adakah ini tanda-tanda kehancuran PKR Cabang Klang?
Sumber :
Skuad Mengkarung AMK Klang
AMK Cabang Klang bergerak bersama Ketua AMK yang sedia ada sejak penjenamaan semula AMK Cabang Klang pada 4 April 2008 di Jannas System, Bandar Bukit Tinggi. Perpecahan yang berlaku di Klang adalah berpunca dari sikap sesetengah pemimpin Cabang Klang yang agak ego dan syok sendiri sehingga mengheret AMK Klang bersama.
Bagi AMK Klang tiada istilah tidak dapat projek dari Ahli Majlis, masalah rumahtangga mahupun dibeli oleh sesiapa walaupun terdapat seorang ahli AMK Klang yang hanya makan gaji buta tanpa membuat kerja yang telah diamanahkan.
AMK Cabang Klang yang digelar sebagai 6-Jahanam oleh penulis blog Sembilan Bonggol dilihat amat kurang ajar dan kurang pendidikan agama. Majlis yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor tempoh hari adalah untuk sessi taklimat berkenaan tindakan YB Badrul yang meninggalkan PKR untuk menyokong UMNO-BN dan semua yang hadir perlukan maklumat apa yang berlaku di Klang sehingga Badrul tinggalkan PKR Klang.
Buat pengetahuan pembaca blog ini, AMK Cabang Klang sedang berusaha memperbaiki sokongan terhadap Pakatan Rakyat di Klang yang agak tercalar selepas YB Badrul keluar PKR walaupun rata-rata penduduk Pelabuhan Klang tidak menyukai YB Badrul ini. Pelbagai program yang direncanakan untuk semua kaum di Klang.
Sehingga setakat ini hampir 300 orang ahli AMK Klang akan dibawa 'keluar' untuk diberi maklumat mengenai status dan masalah terkini di Klang.
Kepada yang tidak faham maklumat atau sekadar mendengar maklumat dari sebelah pihak, sila lupakan niat untuk melawan jawatan dalam pemilihan AMK Klang tahun 2010 akan datang ini dan nasihat kami, cermin diri anda sebelum membuat sebarang spekulasi yang tidak betul berkenaan dengan AMK Cabang Klang.
Skuad Mengkarung AMK Cabang Klang

ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) Cabang Klang sekeras-kerasnya mengutuk tindakan YB Badrul Hisham bin Abdullah, ADUN N46 Pelabuhan Klang yang bertindak keluar PKR untuk menyokong UMNO-BN. Beliau (Badrul Hisham) dilihat telah mengkhianati pilihan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat di Pelabuhan Klang khususnya dan di Selangor amnya. YB Badrul sebelum ini dilihat sebagai YB yang paling bermasalah dengan pelbagai tingkah laku yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang YB atau wakil rakyat.
Tindakan beliau ini juga secara tidak langsung sebenarnya telah menunjukkan UMNO-BN ketandusan sokongan rakyat sehingga sanggup untuk menjadikan seorang YB yang bermasalah untuk merealisasikan impian tawan Selangor.
AMK merupakan sayap kanan parti yang mempunyai haluan sendiri dalam mendapatkan sokongan pengundi muda di Pelabuhan Klang dan di Klang. Walaupun pelbagai masalah yang berlaku di peringkat Cabang Klang dengan pemimpin sedia ada agak goyah selepas tindakan YB Badrul ini, tetapi bagi AMK Klang tetap dengan wadah perjuangan yang perlu memperbaiki sokongan rakyat Klang.

Sebagai badan pentadbir, Jawatankuasa AMK Cabang Klang mengharapkan semua Ahli Majlis yang mengangkat sumpah hari ini dapat menjalankan tanggungjawab seperti yang telah diamanahkan. Selain itu, dalam program yang berasingan, dimaklumkan bahawa YB Tuan Azmin bin Ali akan melawat Pelabuhan Klang pada masa yang sama. Barisan Jawatankuasa AMK Cabang Klang akan mengiringi YB Azmin Ali sementara Ketua AMK Cabang Klang menghadiri Majlis Angkat Sumpah.
Sekian.
S/U AMK Cabang Klang
"mengubah persepsi masyarakat, menggapai perjuangan rakyat"
KALAU TAKUT DILANDA GELOMBANG, JANGAN BICARA MENGENAI PERJUANGAN
Yang menariknya, senarai Ahli Jawatankuasa AMK bagi setiap Ranting yang wujud tidak dimaklumkan kepada Setiausaha AMK Cabang Klang dan tanpa pengetahuan AMK Cabang Klang ada di antara Ranting yang wujud mempunyai Ketua AMK Ranting adalah wanita yang sebaiknya masuk dalam Srikandi PKR.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada PKR Cabang Klang yang sedaya upaya memantapkan PKR Cabang Klang dengan mewujudkan 4 Ranting baru tidak sampai 24 jam.
Sekian.
SKUAD MENGKARUNG...
Kenyataan Media 22 Julai 2009 Pertemuan Zahid Dengan Rakan Sejawatnya dari Israel Menimbulkan Persoalan Parti Keadilan Rakyat melahirkan rasa kecewa dengan pendedahan laporan bahawa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris bulan lepas. Turut dilaporkan ialah Zahid telah terlebih dahulu mengakui menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bahawa beliau (Zahid) telah berkeras supaya tidak ada jurugambar yang hadir dalam pertemuan tersebut. Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan pertemuan tersebut kekal menjadi rahsia, jelaslah sekarang bahawa apa yang berlaku di Paris, tidak semestinya hanya kekal di Paris! Pertemuan yang sedemikian rupa dengan regim yang telah dikecam di seluruh dunia kerana kekejamannya di Palestin dan Lebanon secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan dalam isu moral dan politik, tidak kira apa jua justifikasi yang diberikan oleh Zahid. Sesungguhnya, adalah amat menyedihkan sekiranya Zahid berasakan bahawa pertemuannya dengan Israel akan membuatkan Israel mengubah caranya, sedangkan sekutu-sekutunya yang paling setia seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat pun tidak berjaya dalam desakan supaya regim Zionis mengubah caranya, contohnya desakan untuk menghentikan pembinaan pendudukan haram Yahudi di atas tanah Palestin. Oleh itu, kita hanya dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat lebih daripada sekadar pertemuan yang biasa dalam gerak isyarat diplomatik singkat Zahid dengan Menteri Pertahanan Israel, yang merupakan orang yang sama yang bertanggungjawab dalam semua serangan udara yang dikecam hebat oleh kerajaan Malaysia selama ini. Pertemuan ini menimbulkan persoalan tentang keupayaan Zahid dalam membuat penilaian yang baik dalam tempoh yang singkat sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Apakah urusan Malaysia untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan sebuah regim yang mana ia tidak mempunyai hubungan, atau yang tidak pernah diakui hubungannya? Bagi menambahkan lagi keraguan, pertemuan tersebut bukannya di antara dua orang menteri luar negeri, tetapi di antara dua orang menteri pertahanan. Protokol politik tidak akan membolehkan dua orang Menteri Pertahanan kerajaan-kerajaan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik untuk mengadakan pertemuan. Jelaslah Zahid telah melangkaui deskripsi kerjanya. Satu-satunya orang yang boleh menjawab persoalan ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Atau mungkin juga Zahid, yang pada awal tahun ini memainkan peranan ‘memperjuangkan Islam” dengan amaran kerasnya kepada pemimpin-pemimpin bukan Islam di Malaysia supaya ‘tidak menguji kemarahan orang Islam’, mahukah beliau memberitahu kebenaran dan membuat pengakuan tentang kepura-puraan diplomatiknya?(tamat) Latheefa Koya Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Sumber SEMANGAT PERJUANG HARAPAN BARU |
Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.
Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.
Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.
Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.
Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.
Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik
SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.
Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.
Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.
Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.
SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.
Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!
Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.
Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.
Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.
Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.
Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.
Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.
Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.
SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.
Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.
Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.
Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.
Sumber : Semangat Perjuangan Harapan Baru
Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.
Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.
Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.
Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.
Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.
Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.
Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.
Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.
Dalam sidang akhbar selepas itu, Chua ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau menafikan akan menyertai PKR.
Dalam jawapannya, Chua menafikan berkata demikian tetapi sebaliknya berkata beliau telah disalahlapor.
Sumber : Malaysiakini
Kajian itu juga mendapati kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah mendapat penilaian tinggi dalam kajian tersebut.
Menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor, kajian tersebut yang dijalankan dari 5 Jun hingga 15 Jun lalu, mendapati 60 peratus rakyat negeri itu merasakan kerajaan negeri berada dalam hala tuju yang betul.
Manakala 63 peratus puas hati dengan prestasi menteri besar dengan hanya 19 peratus tidak puas hati.
Seramai 64 peratus rakyat Selangor puas hati dengan prestasi kerajaan Pakatan Selangor selepas memenangi pilihanraya umum tahun lalu, manakala 22 peratus tidak puas hati.
Mengikut pecahan kumpulan etnik pula, kajian itu mendapati 59 peratus Malayu, 69 peratus Cina dan 69 peratus India puas hati.
Menurut kenyataan itu lagi, mengikut komen yang diperolehi, antara sebab mereka berpuas hati ialah kerana program kebajikan kerajaan, ketelusan dan pentadbiran yang cekap serta menolak amalan rasuah.
Dalam tempoh 100 hari pentadbiran, tambahnya, kerajaan negeri memperkenalkan agenda 'Merakyatkan Ekonomi Selangor', termasuklah beberapa program kebajikan seperti Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, 20 meter padu air percuma kepada rakyat, dana pendidikan anak pekerja ladang dan Hadiah Anak Masuk Iniversiti.
"Dalam urusan pentadbiran ekonomi negeri pula, 58 peratus berpuas hati di mana 13 peratus amat berkeyakinan manakala 45 peratus menyatakan yakin," katanya.
Menurut kenyataan tersebut, kerajaan negeri mendapatkan perkhidnmatan Merdeka Centre untuk menjalankan kajian berkenaan bagi menilai pandangan dan persepsi rakyat Selangor terhadap prestasi pentadbirannya.
"Kajian ini juga mengenal pasti beberapa bahagian yang perlu diperbaiki, termasuk sistem komunikasi, mewujudkan kesedaran tentang program yang telah dilancarkan, mengurangkan karenah birokrasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.
"Kerajaan Negeri amat beterimakasih di atas keyakinan yang diberikan oleh rakyat Selangor dan dan kepercayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kepimpinan negeri bagi meningkatkan lagi mutu pentadbiran yang berlandaskan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor", katanya.
Sumber : Malaysiakini


Hari Penamaan Calon - KEADILAN Klang
AMK Cabang Klang @ Facebook
Titipan Facebook
Bengkel Usahawan Muda 2009
Aktiviti Terkini AMK Cabang Klang 2010
Semak Daftar Pemilih
AMK Klang
Melalui kepimpinan Jawatankuasa yang baru ini dilihat AMK Cabang Klang lebih maju dan berdaya saing samada pemikiran, bentuk program mahupun keupayaannya.
Kelantangan suara AMK Cabang Klang dapat dilihat melalui hasil-hasil yang dibawa bersama bagi setiap isu yang dibangkitkan oleh penduduk seluruh kawasan Klang. Pada AMK Cabang Klang, pengaduan dari aspek mana sekalipun tetap akan diselesaikan.
Sekiranya terdapat masalah, sila hubungi kami segera.
P110 - Klang
P110 - PARLIMEN KLANG
Pilihanraya Umum 12 (PRU 12) yang lalu menyaksikan perlawanan 2 penjuru di antara BN dan DAP yang menyaksikan DAP menang dengan majoriti 17 701 undi.
PENYANDANG : YB TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO
JUMLAH PENGUNDI : 77 816 orang
CALON :
ANALISIS :
DUN N46
PENYANDANG : YB TUAN BADRUL HISHAM BIN ABDULLAH
JUMLAH PENGUNDI : 28 456 orang
CALON :
ANALISIS :
DUN N47
PENYANDANG : YB TUAN RONNIE LIU TIAN KHIEW
JUMLAH PENGUNDI : 25 192 orang
CALON :
ANALISIS :
DUN N48
PENYANDANG : YB TUAN M. MANOHARAN
JUMLAH PENGUNDI : 24 168 orang
CALON :
ANALISIS :
Muat Turun
Terima kasih kerana sudi untuk mengambil bahagian dalam menambahbaikkan program AMK Cabang Klang.
Parlimen
Halwa Telinga
Waktu Semasa
Waktu Solat
Penulisan Lalu
-
▼
2009
(49)
-
▼
November
(11)
- Speaker : YB Badrul Masih Belum Dianggap ADUN Bebas
- AMK Demo Desak YB Badrul Letak Jawatan Sebagai ADU...
- Kejohanan Bowling Terbuka Klang 2009
- Tahniah Tazmania Klang (Blog Sembilan Bonggol)
- Permaslahan Di Cabang Klang bukan AMK Jadi Pemikir
- GAWAT!!! PKR Cabang Klang perlukan Bantuan Kecemasan
- YB Nik Nazmi Nik Ahmad : Pelabuhan Klang - Siapa H...
- AMK Selangor Desak ADUN Pelabuhan Letak Jawatan Se...
- Terkini di Klang selepas YB Badrul keluar PKR
- Jawapan AMK Klang 6 Kerat Terhadap Komen 'Sembilan...
- Pendirian AMK Cabang Klang Terhadap YB Badrul Hish...
-
►
October
(8)
- PKR Cabang Klang hampir terbelah dua?
- Apakah Yang Akan Terjadi Sekiranya YB Badrul Tidak...
- Penyelaras DUN, Apakah Fungsi ianya dilantik ?
- Lebih Sudu dari Kuah...
- Blog AMK Cabang Klang Menyiarkan Sidang Parlimen
- SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN DEEPAVALI daripada Angk...
- Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban
- Medan Info Kita, Apa Yang Mereka Mahu ?
-
►
July
(29)
- BLOG AMK CABANG KLANG AKAN DIGANTUNG SEMENTARA
- SETIAUSAHA AMK Cabang Klang Digantung Tugas Berkua...
- Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MPK 2009/2010
- TAHNIAH KETUA AMK CABANG KLANG
- SKUAD MENGKARUNG - TEAM YANG BERSEPAH TIDAK LAMA LAGI
- Tahniah Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Klang
- Bengkel Usahawan Muda 2009 - Usahawan Cili Cara Fe...
- Terima Kasih Peserta Bengkel Usahawan Muda 2009
- Kisah Tok Ketua Yang Kurang Cerdik
- Penduduk Pelabuhan Klang, Terungkaikah Belenggu Ma...
- Akhirnya Suara Anak Muda Didengari
- Beginikah Perilaku POLIS dan FRU terhadap orang aw...
- Kerajaan BN Juga Agen Israel ?
- Penduduk Buta Huruf. Adakah Pentadbiran PR Cuai at...
- Mendiang Saudara Teoh Ben Hock - Adakah Suara Raky...
- Gerai-gerai MPK untuk Warga Patani?
- Kenapa Pusat-pusat Judi Terlalu Banyak ?
- Teoh Beng Hock: "Sepatutnya Ia Hanyalah Satu Uguta...
- Kerajaan BN Kena Tipu Lagi... Datuk Dr. Chua Jui M...
- Tahniah Kerajaan Negeri Selangor
- Bengkel Usahawan Muda 2009
- Apa Dah Jadi Dengan Dr. Khir Toyo?
-
▼
November
(11)
Anda Telah Mengunjungi Kami Dari
Katakan Tak Nak Pada Najib
