7:36 PM | Posted in
PELBAGAI spekulasi yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dalam membawa isu yang melibatkan YB Badrul Hisham bin Abdullah yang memenangi kerusi N46 Pelabuhan Klang semasa gelombang Tsunami Politik pada 8 Mac 2008 yang lepas. DUN N46 Pelabuhan Klang merupakan satu-satunya DUN PKR di Klang (tetapi nasib baik ada dari PKR). Apa yang berlaku sekarang ini adalah YB Badrul Hisham masih lagi ADUN tetapi segala perbelanjaan untuk DUN dibantu oleh YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, ADUN Seri Setia yang diberi mandat oleh YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim selaku Dato' Menteri Besar Selangor.

Terdapat ura-ura yang mengatakan YB Badrul Hisham akan melompat parti umpama si katak lompat di parlimen atau mengisytiharkan diri sebagai calon bebas. Mungkin berlaku sedikit kekecewaan dalam diri beliau akibat peruntukan DUN diambilalih oleh orang lain dan mungkin juga kerana beliau dikelilingi oleh musuh politik sejak beliau diumumkan sebagai ADUN. Jika ini berlaku, kesalahan jangan hanya diletakkan pada YB Badrul seorang. Kesalahan ini juga harus dipertekankan kepada PKR Cabang Klang keseluruhannya kerana mereka yang memilih beliau sebagai calon yang berpotensi.

Apa yang harus dibuat sekarang, kita harus bermuhasabah diri kita sendiri agar apa yang berlaku tidak akan berlaku. Jangan jadikan Pelabuhan Klang sebagai Jelapang, Behrang dan Changkat Jering di Perak. Walaupun AMK Klang mengambil inisiatif untuk menasihatkan seterusnya membimbing YB Badrul ke persimpangan perjuangan yang betul, tetapi AMK Cabang Klang bukan orang yang cuba memporak-perandakan N46 Pelabuhan Klang.


Category:
��

Comments